BuletinMotosikal

INDONESIA LANCAR SKUTER EV PERTAMA – HONDA PCX ELECTRIC

Idea skuter berkuasa elektrik bukanlah satu benda baharu. Modenas pernah perkenalkan C-Trix sekitar tahun 2010, namun, idea motosikal moped dengan sebuah motor elektrik itu nampaknya gagal mendapat sambutan.

Ada banak syarikat start-up kecil yang membawa masuk motosikal dan skuter elektrik, majoritinya dari China yang mana diketahui memang kebanyakan skuter kecil di sana memang menggunakan bateri-motor. Nak jumpa skuter pakai petrol memang susah yang amat.

Bagi pengeluar mainstream, tidak banyak yang berusaha ke arah ini. Apa lagi jika sifat sebuah motosikal itu yang memang sudah jimat bahanapi.

Melabur dalam teknologi EV pada skuter dan menjualnya di negara yang harga minyak masih murah bukanlah satu sudut pandang ekonomi yang bagus. Namun bagi Honda, ia bukan setakat penjimatan bahanapi, tapi tentang alam sekitar.

BACA: BOON SIEW LANCAR HONDA PCX HYBRID

Semalam, Astra Honda Motor Indonesia (AHM) melancarkan Honda PCX versi elektrik. Ia lebih awal dipertontonkan pada pameran Indonesia Motoshow tahun lalu namun kali ini tempahan dibuka kepada umum secara umum.

Menariknya juga, AHM tidak menjual terus skuter ini sebaliknya menawarkannya menerusi sewaan kepada syarikat. Kosnya ialah 2 juta rupiah (RM587) sebulan.

PCX Electric ini menggunakan platform Honda PCX 125 tetapi digerakkan oleh motor dengan bateri 50.4V densiti tinggi. Ia digandingkan dengan unit
Interior Permanent Magnet (IPM) motor yang dipasangkan pada roda belakang.

Secara keseluruhannya, PCX ELectric mampu menghasilkan sehingga 4.2kW kuasa daripada putaran rendah. Tork maksimanya ialah 18Nm.

Pek bateri pada PCX ini memerlukan masa sekitar empat jam untuk sekali cas untuk pengecajan terus pada motosikal. Jika pek bateri dikeluarkan dan menggunakan caj luaran, ia memerlukan sekitar enam jam.

Google ads
Back to top button