
NAK BALIK KAMPUNG RAYA NANTI, KENA PATUH SOP DULU. 6 FAKTOR INDIKATOR KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman Facebooknya memaklumkan, orang ramai boleh balik kampung jika menunjukkan kepatuhan tinggi kepada prosedur operasi standard (SOP) secara berterusan.
Menurut catatan tersebut, KKM mengkaji semua data dan fakta sebelum menasihat atau mencadangkan kepada Jawatankuasa Teknikal untuk diputuskan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), termasuk berhubung kebenaran rentas negeri.
“KKM membuat penilaian risiko ini dari semasa ke semasa. Situasi semasa menunjukkan kes baharu dalam trend penurunan walaupun tidak konsisten, namun masih terlalu awal.
“Memandangkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan baru saja berjalan, aktiviti kesihatan awam adalah paling berkesan untuk melandaikan keluk jangkitan.
“Jika kepatuhan yang tinggi kepada SOP yang ditunjukkan oleh kita semua ketika ini berterusan, tidak mustahil kemeriahan balik kampung untuk menyambut Aidilfitri akan dirasai tahun ini.”
Secara ringkasnya, KKM menjelaskan, penilaian risiko ialah dengan melihat situasi jangkitan semasa dan kebarangkalian penularan jangkitan menjadi lebih teruk atau sebaliknya.
Enam faktor yang menjadi indikator KKM ialah:
- Situasi kes harian termasuk kes yang sudah sembuh dan dibenarkan pulang
- Trend dan kadar kebolehjangkitan
- Situasi semasa iaitu kadar kematian dan jumlah kes kematian
- Keupayaan katil dan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital
- Situasi semasa petugas kesihatan yang dijangkiti
- Ujian saringan yang dijalankan di lapangan, saringan penyakit seperti influenza (ILI), jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) dan persampelan prapembedahan serta kemasukan ke wad.
Memandangkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan baru saja berjalan, aktiviti kesihatan awam adalah paling berkesan untuk melandaikan keluk jangkitan.- FB KKM
- BACA: COVID-19: LANGGAR SOP DENDA RM10,000 MULAI 11 MAC DEPAN
- BACA: PERINCIAN SOP DAFTAR APLIKASI MYSEJAHTERA DI STESEN MINYAK – ISMAIL SABRI
- BACA: PKP TIDAK MAMPU LANDAIKAN KES COVID-19. HANYA BURUKKAN EKONOMI – PAKAR PERUBATAN KESIHATAN AWAM
- BACA: TOYOTA, HONDA, PERODUA TERPAKSA GANTUNG OPERASI KILANG KERANA PKP