Stail

100% BIKINAN SEMULA

Judul: Carrie

Genre: Seram
Pengarah: Kimberly Pierce
Pelakon: Julianne Moore, Chloe Moretz, Judy Greer, Portia Doubleday, Gabriella Wilde dan Ansel Elgort 

Chloe Moretz;Julianne Moore

SELEPAS 37 tahun, Carrie akhirnya kembali menjelma di pawagam. Filem bikinan semula itu menjadikan filem asal, juga berjudul Carrie arahan Brian De Palma yang diterbitkan pada tahun 1976 sebagai rujukan utamanya.

Ibarat klon, ia ternyata seratus peratus menyamai Carrie versi De Palma. Pengarah Carrie versi 2013 ini, Kimberly Pierce yang cukup dikenali menerusi filem Boys Don’t Cry (1999) ternyata tidak berani untuk keluar dari kotak Carrie yang asal itu.

hib-largecarrie10

Jika ada pembaharuan pun, hanyalah dari segi latar paparan kisahnya supaya apa yang ditampilkan kali ini  dilihat sebagai versi moden tahun 2013. Ia jelas dapat dilihat dalam satu babak apabila Carrie (lakonan Chloe Moretz) dijadikan bahan lawak oleh rakan-rakan sekolah apabila video dirinya yang dirakam di dalam bilik air tersebar di internet – realiti yang berlaku dalam dunia moden hari ini.

Carrie dibesarkan secara konservatif oleh ibunya yang kuat agama, Margaret (Julianne Moore). Sehinggakan dia dilihat sebagai gadis yang pelik oleh rakan-rakan sekolah yang lantas membulinya.

hib-largecarrie3

Tanpa disangka, Carrie sebenarnya mempunyai keupayaan telekinetik luar biasa. Apabila tidak tahan diperlaku dan dijadikan bahan buli, gadis itu bangkit membalas dendam sehingga menyebabkan banyak kematian berlaku.

Berbanding Carrie versi 1976 yang dihasilkan tanpa bantuan teknologi janaan komputer (CGI), naskhah kali ini terasa seolah-olah menonton filem X-Men. Tetapi hanya difokuskan kepada seorang individu yang mempunyai keupayaan luar biasa iaitu Carrie.

hib-largecarrie1

Begitu pun, sebagai seorang individu yang membantu aktres Hilary Swank meraih anugerah Oscar  untuk Aktres Terbaik hasil lakonannya dalam Boys Don’t Cry, Pierce ternyata meneruskan keupayaan itu melalui emosi yang terpancar menerusi gabungan karakter Carrie dan Margaret.

Margaret pula tampil sebagai seorang wanita psiko yang cukup menakutkan, berbanding Carrie yang dilihat sebagai mangsa kegilaan ibunya itu. Biarpun Carrie  kemudian digambarkan sebagai pembunuh kepada banyak mangsa, perasaan simpati terhadap dirinya tidak pernah padam. Ia tidak seperti karakter Carrie lakonan Sissy Spacek dalam Carrie versi 1976 yang digambarkan sebagai seorang individu cukup menakutkan.

hib-largecarrie12

Apa yang boleh disimpulkan, Carrie versi moden ini hanya boleh dilabelkan sebagai  salah sebuah filem baharu semata-mata. Tetapi bukan naskhah yang membawa kepada suatu pembaharuan yang boleh dibanggakan. –

Teks: Yusman Awang

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Check Also
Close
Back to top button