Buletin

KLIMS’13: HYUNDAI i40 & TUCSON

Kem Hyundai di Kuala Lumpur International Motor Show 2013 (KLIMS’13) wajar anda kunjungi. Terletak di lokasi bersebelahan Ford, Hyundai mempamerkan beberapa model yang menarik itu diteliti. 

(L to R) Mr Lau Yit Mun, Managing Director of HSDM and Mr Zoon Kim, Deputy General Manager, Asia & Pacific Regional Headquarters of Hyundai Motor Company with the newly launched i40 Tourer copy

Sempena KLIMS’13 Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan Hyundai i40 Sedan dan i40 Tourer, di samping SUV Tucson yang telah ditambah baik.

i40 ialah model Hyundai pertama di Malaysia yang dilengkapi  enjin Nu GDI (Gasoline Direct Injection) bersesaran 2.0 liter. Direka untuk pasaran Eropah, i40 memang terkenal dengan kualiti dalaman, reka bentuk dinamik dan praktikaliti.

i40 - NU GDi 2.0 Engine

Enjin Nu GDI berupaya menghasilkan kuasa maksimum 178PS dan tork 214Nm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan automatik.

Bagi menambah aspek versatiliti, tempat duduk pada varian i40 Tourer boleh dilipat dan mampu menawarkan ruang kargo sehingga 1,719 liter. Versi sedan pula memiliki kapasiti kargo 503 liter.

SONY DSC

Ruang kabin i40 menyaksikan perlbagai ciri diberikan. Antaranya ialah skrin hiburan video untuk penumpang belakang (pilihan untuk versi sedan). Bagi memastikan keselamatan berada di tahap maksimum, i40 dipasang dengan 9 beg udara, sistem Electronic Stability Programme (ESP), ABS, Hillstart Assist Control (HAC), BA dan Vehicle Stability Management (VSM).

Hyundai i40 Sedan boleh anda miliki pada harga bermula RM159,888 (di atas jalan).  Naik taraf boleh dibuat pada model ini dengan penambahan sebanyak RM4,000 yang meliputi sistem navigasi audio visual. Sementara i40 Tourer pula ditawarkan pada harga RM178,888 (di atas jalan).  i40 hadir dalam empat warna iaitu hitam, perak sleek, perak titanium dan putih.

SONY DSC

Pengarah Urusan HSDM, Lau Yit Mun memberitahu i40 diposisikan di atas Hyundai Sonata berikutan pelbagai cirimewah yang ada padanya. Biarpun begitu, Sonata yang bersaing dalam segmen D masih dijual seperti biasa.

Penambahbaikan Tucson melibatkan penggunan enjin baru untuk versi enjin 2.0 liter. Manakala varian 2.4L Executive Plus ditambah dengan pelbagai ciri baharu. Dua warna baru juga ditawarkan untuk memberi lebih pilihan kepada pelanggan.

SONY DSC

Tucson ini diperkenalkan kembali dengan spesifikasi Eropah. Ia kini dipadang dengan lampu utama jenis projektor dan lampu belakang LED untuk varian 2.4L.

Untuk semua penambahan itu, Tucson ditawarkan pada harga RM132,888 (Nu 2.0 Elegance), RM145, 888 (Nu 2.0 Executive Plus) dan RM158,888 (Theta II 2.4 MPI Executive Plus). Harga tersebut termasuk insurans dan cukai jalan untuk Semenanjung Malaysia.

Hyundai ioniq (front view)

Selain i40 dan Tucson, tapak pameran Hyundai turut menyaksikan model konsep i-oniq (HED-8), i30 bahru dan Veloster Turbo.

[hr]Galeri

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCHyundai i-oniq (rear view)i30SAMSUNG CAMERA PICTURESi40 - Rims 2Tucson FL - Audio Visual NavigationVeloster Turbo

 

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button