Buletin

INI BARU BETUL NOS – MITSUBISHI LANCER EVO IX MR DIJUAL PADA HARGA RM590K!

SHARE
Toyo Tyre – Mrec – Desktop

Nampaknya harga meninggal model-model berprestasi klasik JDM jenama Jepun berlaku di seluruh dunia.

Buktinya, baru-baru ini laman lelongan Ebay menyaksikan sebuah Mitsubishi Lancer Evo IX MR berjaya dijual pada harga AS$137,954 (RM590,160)!

Toyo Tyre – Leaderboard – Desktop

Pada tahun 2006, harga model Evo itu di Amerika hanyalah AS$37,000 (RM158,265).

Lebih menarik lagi, walaupun sudah berusia 11 tahun, jentera ini hanya mencatat perbatuan hanya 11 kilometer. Diiklankan sebagai sebuah model NOS (new old stock), ia pantas mendapat perhatian peminat Lancer Evo.

Sejak diiklan, lebih 80 orang peminat tegar Lancer Evo telah membuat bidaan. Pemilik baru jentera yang bukan edisi terhad itu bagaimanapun tidak didedahkan.

Evo ini bukan sahaja rare kerana jarak perbatuan yang sangat rendah, malah ia tidak pernah dibeli dan hanya ditempah oleh pengedar South Coast Mitsubishi di California.

Sedia maklum juga bahawa tindakan Mitsubishi memberhentikan pengeluaran model Evo selepas generasi ke-10 membuatkan harga sedan sport itu melambung tinggi.

Lancer Evo IX MR dikuasakan oleh enjin empat silinder turbo bersesaran 2.0 liter. Mampu menjana kuasa mencecah 286hp dan tork 392Nm, enjin yang dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan dan pacuan empat roda itu boleh mencatat kelajuan 100km/j dalam masa kurang lima saat.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button