Buletin

SÉBASTIEN LOEB BAKAL KEMBALI SEMULA KE WRC?

Sebelum ini kedengaran serta perkongsian di media sosial membayangkan Sébastien Loeb, juara sembilan kali kejuaraan rali dunia (WRC) akan kembali semula ke arena tersebut.

Cakap-cakap dan berita itu tercetus apabila PSA Motorsport mengumumkan Loeb bakal menguji Citroën C3 WRC dalam beberapa minggu terdekat di atas permukaan aspal.

Sekarang ini, Loeb memandu untuk Peugeot Sport dalam kejuaraan rallycross dunia (WRX) dan berada di ranking keempat kategori pemandu dan kedua bagi kategori pengeluar.

Uniknya PSA Motorsport apabila ia memayungi beberapa jenama kenderaan di bawah Kumpulan PSA seperti Peugeot Sport, Citroën Racing dan DS Performance. Dari situ, pemandu berpengalaman seperti Sébastien Loeb dapat berkongsi input dan pengalaman di antara satu pasukan lain.

Sesi ujian itu nanti dilihat dapat memberikan Loeb peluang untuk mengenali jentera WRC 2017 yang lebih berkuasa dan pantas berbanding kereta beliau semasa WRC dahulu. Lebih penting, ia juga adalah peluang untuk Citroën Racing mendapatkan maklum balas teknikal mengenai C3 WRC terus dari beliau sendiri.

Dan ujian tersebut hanya setakat di situ sahaja. Tiada lagi hitam putih Loeb akan kembali ke WRC.

Loeb dengan kumpulan PSA ibarat kuku dan isi. Beliau membina kerjaya dengan jenama kumpulan itu walaupun selepas bersara dari WRC. Pada 2013, Loeb telah memecahkan rekod acara Pikes Peak dengan kereta Peugeot 208 T16 Pikes Peak. Juga dengan Peugeot Sport beliau berpindah ke kejuaraan rallycross dunia dan pada tahun depan akan menyertai perlumbaan Dakar bersama-sama pemandu arahnya yang unggul iaitu Daniel Elena.

Selain acara peringkat dunia, Loeb turut menyertai perlumbaan kebangsan dengan kereta 306 Maxi atau 208 T16 yang dijalankan oleh pasukannya sendiri, Sébastien Loeb Racing

BACA: HYUNDAI KINI DI TEMPAT KEDUA PENGELUAR WRC 2017 SELEPAS M-SPORT!

BACA: PROTON PUTRA WRC, PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI…

.Berikut ialah apa yang dikatakan oleh Loeb;

“Dengan penubuhan PSA Motosport, kami sekarang boleh menubuhkan satu pasukan tunggal yang besar. Serentak dengan penyertaan saya di dalam rallycross dunia bersama Peugeot, saya boleh membawa pengalaman yang ada kepada Citroën melalui sesi ujian C3 ini. Saya tidak sabar untuk kembali ke dalam kereta WRC dan menguji apa yang telah berubah. Saya masih lagi berminat dalam rali dan di antara kesemua sukan permotoran yang saya sertai sepanjang lima tahun persaraan ini, sensasi perlumbaan rali paling saya sukai.”

Di bawah ialah pencapaian peringkat dunia Sébastien Loeb:

9 x Kejuaraan Dunia FIA WRC (Pemandu): 78 podium pertama

2 x Podium ketiga dalam Kejuraan Dunia WTCC, 6 kemenangan

1 x kemenangan WRX (Tempat kelima pada Kejuraan Dunia 2016)

1 x tempat kedua dalam Dakar 2017 dengan 5 kemenangan peringkat perlumbaan

1 x kemenangan di Pikes Peak

1 x kemenangan di XGames

1 x tempat kedua di Le Mans 24 hours 2006

Rekod kejayaan PSA MOTORSPORT

3 x kemenangan di Indianapolis 500

13 x Kejuraaan FIA WRC (pengeluar)

9 x kemenangan di Perlumbaab Dakar

3 x kemenangan di Pikes Peak termasuk rekod baharu

3 x kemenangan di Le Mans 24 hours

3 x kejuaraan FIA WTCC (pengeluar)

Google ads
Back to top button