Artikel Pilihan

INI KERJA GILA, TOYOTA GR YARIS 1000HP

Toyota GR Yaris dan GR Corolla memiliki satu persamaan, iaitu kedua-dua kereta dikuasakan oleh enjin 3 silinder 1600cc G16E-GTS. Enjin ini menghasilkan 257 kuasa kuda bagi GR Yaris dan 300 kuasa kuda bagi GR Corolla menjadikannya sebagai enjin 3 silinder paling berkuasa di dunia

Namun ini tidak menghalang LamSpeed Racing untuk menghasilkan lebih banyak kuasa daripada enjin ini, dan rekod mereka ialah 1000 kuasa kuda. Apabila diuji dengan menggunakan mesin dyno (on wheel dyno), GR Yaris ini menjana 887 kuasa kuda dan 776Nm tork pada mesin dyno

Dengan mengambil kira kehilangan kuasa (mechanical loss) pada sistem trenkuasa dan transmisi sebanyak 11.3%, maka anggaran kuasa yang dihasilkan oleh enjin ini menjana sehingga 1000 kuasa kuda pada aci engkol (crankshaft)

Berdasarkan video di bawah, enjin G16E-GTS ini menjana 887 kuasa kuda pada 8730 RPM dan 776Nm tork pada 7700RPM. Berdasarkan plot graf yang diperolehi, enjin ini mula menghasilkan lonjakan kuasa apabila melebihi 4200 RPM.

Pada tahun 2023, LamSpeed telah menguji GR Yaris yang pada ketika itu ditala pada 500 kuasa kuda, berupaya menyudahkan perlumbaan suku batu dalam masa 9.864 saat dengan halaju tertinggi 228 km/jam. Apa yang menarik ialah ia masih mengekalkan kemasan dalaman yang asal termasuklah sistem penyaman udara.

Antara naiktaraf yang dilakukan termasuklah Lamspeed Long Engine, turbo kit, billet intake manifold, fuel system, Motec GR Yaris PNP dan C125 Tuned by Armour Motorsports, Full Hardrace Suspensions Catalogue, Drenth Gearbox with custom ratios, dan Hypertune Intercooler.

Google ads
Back to top button