Artikel Pilihan

INI KOS SERVIS PROTON X90, SUV 7 TEMPAT DUDUK. HARGA BERMULA RM 244.51

Apabila Proton mengumumkan harga SUV 3 baris tempat duduk mereka yang pertama dengan harga permulaan RM 123,800, harga tersebut sebenarnya mengejut banyak pihak. Harga tersebut juga boleh dikatakan agak murah untuk sebuah SUV 7 tempat duduk dengan enjin hibrid 48 volt.

namun persoalan utama yang bermain di fikiran bakal pembeli ialah adakah kos servis dan penyelenggaraan Proton X90 ini mampu milik? Jadi kami senaraikan kos servis Proton X90 untuk anda yang sedang berkira-kira untuk membelinya nanti.

1. 1000km / 1 bulan – servis pertama Proton X90 dengan hanya sedikit sahaja alat ganti yang terlibat iaitu drain plus gasket (RM 5.26), penapis minyak enjin (Rmk 50.25) dan Proton Genuine Oil Fully Synthetic (RM 189). Untuk kali ini kos hangus ialah RM 244.51.

2. 10,000km / 6 bulan – servis kedua Proton X90 perlu dibuat dalam sela masa 6 bulan sekali. Kali ini penapis udara enjin (RM 93.75) perl ditukar buat kali pertama. Tanpa kos upah buruh, servis kedua menelan belanja RM 340.26.

Ini merupakan kos yang sama ketika servis ke 30,000km, 50,000km, 70,000km,

3. 20,000km / 12 bulan – untuk servis ke tiga, ia menelan belanja yang lebih banyak berbanding dengan servis yang sebelumnya. Pada kali ini pemilik perlu menukar penapis bahan api (RM 83.80), penapis udara kabin (RM 87.78) dan membayar kos buruh (RM 90) menjadikan kos keseluruhan mencecah RM 513.49

4. 40,000km / 24 bulan – ini merupakan kos servis yang major sama seperti kebanyakan daripada jenama lain. Ketika ini pemilik perlu menukar satu set palam pencucuh (RM 96.84), cecair sistem brek (RM 19.81), penapis bahan api dan juga penapis udara kabin.

Upah buruh juga telah meningkat kepada RM 162 serta pemilik perlu membayar SST RM 9.72 menjadikan kos keseluruhan ialah RM 706.46. Ia adalah servis berulang pada 80,000km, 120,000km dan 160,000km

5. 60,000km / 36 bulan – dari segi keselurhan, anda perlu membayar sekitar RM 699.82 dengan kos meliputi penukaran minyak, penapis minyak enjin, cecair sistem penyejukan enjin (RM 135.45), penapis bahan api, penapis udara kabin dan membayar kos upah RM 138.00

6. 90,000km / 54 bulan – secara asasnya ia adalah servis yang hampir sama seperti servis pada 10,000km dengan tambahan seperti penapis udara enjin dan juga penukaran cecair pelincir transmisi Dual Clutch (RM 237.36) menjadikan kos keseluruhan ialah RM 577.62

7. 100,000km / 60 bulan – pada ketika ini Proton X90 perl menukar tali sawat sistem hibrid Bel Stator Generator yang berharga RM 141.10 dan membayar kos upah sebanyak RM 138. Pemilik juga akan menukar penapis udara kabin dan penapis bahan api menjadikan kos pada kali ini mencecah RM 705. 47

8. 120,000km / 72 bulan – ini adalah servis paling mahal yang perlu dibuat oleh pemilik Proton X90 dengan kos melibatkan RM 1285.11. Antara perkara yang anda perlu tukar kali ini ialah tali sawat pemasaan enjin (RM 195.16), set palam pencucuh, cecair sistem brek, cecair penyejuk enjin, penapis bahan api, penapis udara kabin dan juga kos upah RM 396.

9. Secara keseluruhan, pemilik Proton X90 perlu membelanjakan sehingga RM 5514.83 dalam tempoh 5 tahun atau 100,000km yang pertama. Kos ini tidak melibatkan kos penukaran tayar, alat ganti lain seperti pelapik brek dan juga kos penyelengaraan penyaman udara.

Google ads
Back to top button