
HONDA ANJUR ‘GEN H EVENT’, PLATFORM TERBAIK MEMAHAMI TEKNOLOGI HIBRID HONDA
Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa syarikat akan mengadakan acara ‘GEN H Event’ di tiga lokasi iaitu Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Acara ini bertujuan untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memahami teknologi Hibrid Honda, khususnya teknologi e:HEV yang kini ditawarkan dalam barisan pengeluaran Honda di Malaysia.
‘GEN H Event’ menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti fun fair, pandu uji, bengkel, reruai makanan dan minuman, serta kehadiran artis tempatan dan paling penting, masuk adalah percuma!
TARIKH | MASA | LOKASI |
3 – 4 Jun 2023 | 10:00am – 10:00pm | Linear Park, Taman Desa Tebrau, Johor Bahru |
10 – 11 Jun 2023 | 11:00am – 11:00pm | Juru Auto City, Penang |
17 – 18 Jun 2023(Grand Finale) | 10:00am – 10:00pm | Stadium Bukit Jalil Car Park C, Kuala Lumpur |
“Honda Malaysia merupakan perintis dalam memperkenalkan teknologi hibrid kepada rakyat Malaysia 19 tahun lalu apabila kami menawarkan teknologi Integrated Motor Assist (IMA) dalam Civic Hybrid.
“Teknologi IMA diterima baik di sini dan kami terus memperkenalkan Sport Hybrid i-DCD pada 2017 bagi model City dan Jazz hybrid di mana ia berkesan mengubah persepsi kereta hibrid dalam kalangan rakyat Malaysia,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura.

“Hari ini, teknologi telah berkembang begitu cepat, dengan teknologi hibrid termaju terkini, e:HEV, sistem hibrid dua motor yang memberikan prestasi berkuasa dan kecekapan pada masa sama mengekalkan DNA Honda,” tambahnya.
Penjana kuasa 1.5L e:HEV mula diperkenalkan kepada rakyat Malaysia pada tahun 2020 menerusi model City sebelum memperkenalkan rangkaian kuasa 1.5L e:HEV dalam City Hatchback dan HR-V pada 2022.
Untuk rekod, sejak pelancaran ketiga-tiga varian e:HEV, Honda Malaysia berjaya menjual lebih 2,800 unit City, lebih 1,600 unit City Hatchback dan lebih daripada 2,600 unit HR-V. Pada November 2022, Honda Malaysia melancarkan rangkaian kuasa 2.0L e:HEV termaju pada model Civic.
Menurut Honda Malaysia, acara ini adalah platform terbaik untuk memberikan lebih pengetahuan teknologi e:HEV sekali gus matlamat neutral karbon dapat direalisasikan.
Untuk maklumat lanjut tentang ‘GEN H Event’, sila layari https://honda.com.my/happening/53/experience-hybrid-the-honda-way
- BACA: TIADA LAGI BR-V, HONDA MALAYSIA BAKAL LANCAR WR-V PADA Q3 2023
- BACA: HONDA MALAYSIA BAKAL LANCAR 3 MODEL BAHARU DAN SEBUAH MODEL FACELIFT – SASAR CATATAN JUALAN 80,000 UNIT UNTUK 2023
- BACA: HONDA MALAYSIA SERAH CIVIC e:HEV RS KEPADA PELANGGAN PERTAMA. TERIMA AKSESORI DAN BARANGAN RASMI BERNILAI RM4,000
- BACA: HONDA MALAYSIA SERAH LEBIH 1,300 UNIT HR-V DALAM TEMPOH SEBULAN