Motosikal

INI TIPS ASAS MENUNGGANG MOTOSIKAL YANG PERLU ANDA TAHU (+VIDEO)

Baru-baru ini, saya dijemput untuk menunggang uji Ducati Scrambler 1100 Sport dan Special bermula dari Ducati PJ menuju ke Fraser’s Hill, Pahang. 

Laluan sejauh lebih 200km yang dipilih itu sememangnya dapat menguji keupayaan Ducati Scrambler di lebuh raya, jalan kampung, mendaki dan menuruni bukit yang bengkang-bengkok.

Ia juga membolehkan saya menguji ketiga-tiga mode tunggangan iaitu City, Journey dan Active. 

Saya dan seorang lagi rakan media, Erywan Norshal daripada drebar.my mengikuti Instruktor Ducati Riding Experience (DRE) yang lebih senang dikenali sebagai Didi.

Menurut Didi, walaupun Ducati Scrambler secara asasnya dibina untuk tunggangan santai, jentera itu sebenarnya tidak kalah di selekoh atau laluan lurus. 

Memang benar katanya, kedua-dua unit Ducati Scrambler itu cukup mudah dikendalikan ketika melalui jalan bersimpang-siur ke Fraser’s Hill. Kuasa daripada enjin itu juga tidak mengecewakan, sentiasa sedia memberikan tujahan sebaik sahaja pendikit minyak dipulas.   

Satu perkara penting yang saya sempat pelajari daripada Didi ialah penunggang perlu melihat lebih jauh ke hadapan ketika menunggang, terutama ketika mengambil selekoh.

Penunggang juga perlu peka dengan keadaan sekeliling seperti pengguna jalan raya yang lain, cuaca dan sebaginya. 

Didi juga sempat menunjukkan kedudukan badan yang betul ketika menunggang.

“Anda perlu menggerakkan bahagian atas badan seperti menari. Cara kita enjoy menunggang motosikal bukannya ketika di jalan lurus sahaja, tetapi sewaktu mengambil corner,” kata Didi sambil melakukan demo di atas Ducati Scrambler. 

Untuk memudahkan pemahaman, saya sertakan sekali video teknik tunggangan asas daripada Didi. 

Google ads
"
"
Back to top button