Buletin

INIKAH HELMET YANG KITA NANTIKAN SELAMA INI. DENGAN PENYAMAN UDARA?

Menunggang dalam cuaca tropika sememangnya sangat tidak selesa pada waktu siang. Panasnya kepala dalam topi keledar tutup muka jangan cakaplah. Pelbagai inovasi dibuat, termasuklah corong-corong udara yang lebih banyak, tapi sebenarnya ia tak banyak membantu pun.

Tapi, ini mungkin penyelesaian yang berjaya dibuat oleh syarikat Feher yang memperkenalkan ACH-1, topi keledar dilengkapi dengan unit pendingin hawa bersepadu di belakang kepala.

Ia menggunakan teknologi yang serupa dengan yang digunakan dalam Bentley atau Ferrari untuk menyejukkan kerusi. Digabungkan dengan Fabric Spacer Tuber Feher yang mengedarkan udara sejuk secara sama rata di dalam topi keledar, sistem ini membantu anda mengekalkan keadaan yang sejuk dalam keadaan cuaca panas.

BACA: JAKET DENGAN LAMPU BREK DAN SIGNAL

Tidak seperti unit pendingin udara konvensional yang menghembus udara sejuk ke wajah, unit pendinginan ACH-1 bertujuan untuk mengurangkan suhu dalaman topi keledar.

Sudah tentu, semakin panas udara sekitar, semakin tinggi perbezaan suhu. Sistem ini boleh membuat perbezaan sehingga 15 darjah.  Walaupun Feher tidak mengesyorkan anda menunggang dengan topi keledar di bawah hujan lebat, unit selamat untuk digunakan dalam cuaca buruk.

Pun begitu, ada satu isu, adakah ACH-1 terasa seperti anda membawa satu tan bata pada kepala?. Menurut Feher,  “topi keledar itu bukan merupakan penjana pendingin hawa sahaja. Ia direka bentuk untuk menerima unit penyejuk dan oleh itu tidak seberapa berat yang anda bayangkan”

Topi keledar bersama unit pendingin tersebut sekitar 1,450g yang merupakan berat purata untuk topi keledar (dan lebih ringan daripada beberapa helmet jenis penutup modular).

Cengkerang helmet tersebut itu diperbuat dari komposit fiberglass bertetulang yang membantu menurunkan berat keseluruhan.

Google ads
"
"
Back to top button