
LELAKI INI CATAT KELAJUAN BUGATTI VEYRON TERPANTAS DI LEBUHRAYA – 402KM/J!
Kebanyakan kereta-kereta berprestasi tinggi telah “dikunci” kelajuan maksimumnya bagi tujuan keselamatan. Ia adalah bagi menepati samada keperluan homolagasi setiap negara, atau cadangan pengeluar sendiri.
Namun lain halnya di Jerman. Bagi satu-satunya negara yang mempunyai lebuhraya tanpa had laju maksima, Autobahn menjadi medan ujian bagi kebanyakan pemandu yang gemar menjadi titik kelajuan maksimum.
Ia termasuklah seorang pemilik Veyron yang mendakwa berjaya mencatat kelajuan tertinggi hypercar tersebut, iaitu 402 kilometer sejam. Gila kan?
Radim Passer membuat sasasran awal untuk mencatat rekod kelajuan tertinggi 400km/j dan ia mengambil masa beberapa tahun untuk beliau mencapainya.
BACA: SUPRA TOP SECRET V12. TOP SPEED 357KM/J
Percubaan pertamanya ialah pada Mei 2011. Bagaimanapun, cuaca terlalu sejuk dan ECU Veyron tersebut gagal membuka talaan bagi isyarat mod kelajuan tertinggi.
Passer kembali ke Autobahn setahun kemudian mencubanya sekali lagi. Bagaimanapun, sekali lagi beliau gagal kerana terdapat sedikit masalah transmisi menyebabkan seleksi mod kelajuan tertinggi tertutup lagi.
Kemudian pada percubaan ketiga pada 2015, beliau akhirnya berjaya mencatat kelajuan tertinggi 250.1 b/sj (402.5km/j)
Beliau turut memberitahu bahawa ia adalah percubaan yang berbahaya sebenarnya dan dilakukan ketika lebihraya hampir kosong.