Buletin

INIKAH RUPA PARAS JENTERA F1 PADA TAHUN 2025?

Peraturan F1 memang selalu berubah dalam jangka masa yang singkat. Baru-baru ini mereka meluluskan skrin pelindung keselamatan untuk pemandu bagi menggantikan alat yang dinamakan Halo. Setelah diuji ramai pemandu merasa tidak selesa dan setelah mengambil kira beberapa masalah lain ia akan digantikan dengan alat Halo untuk musim 2018.

Juara dunia Lewis Hamilton pula berkata, jika perlindungan menjadi perkara pokok setiap jentera F1 mesti dilengkapi dengan pelindung ala kanopi pesawat pejuang. Pereka Antonio Paglia tampil dengan contoh rekaan pelindung kokpit Perspex beliau yang kelihatan cukup futuristik dan kena dengan rekaan badan kereta.

Beliau bukan hanya mereka gambaran pelindung kokpit tetapi seluruh bahagian badan kereta. Berbeza dengan jentera sedia ada, jentera yang dikatakan untuk tahun 2025 ini mempunyai panel badan yang lebih menonjol dengan bilah-silah sirip yang terjulur dari badan kereta. Spoiler belakang ala Civic Type-R memang cukup berbeza daripada spoiler yang digunakan untuk perlumbaan sekarang.

BACA: FIA PERKENALKAN CERMIN KESELAMATAN BAHARU KERETA F1

Bukannya mudah untuk meyakinkan pihak FIA untuk membuat perubahan yang agak besar seperti ini tetapi harapnya rekabentuk seperti kokpit pesawat pejuang ini menjadi kenyataan. Ia bukan hanya lebih selamat berbanding skrin pelindung yang diuji sebelum ini malah lebih bergaya berbanding dengan alat Halo yang kelihatan agak pelik.

Foto dari Antonio Paglia Design

GALERI:

Google ads
Back to top button