Artikel Pilihan

DAIHATSU MOVE DINAIKTARAF UNTUK 2018

Kereta-kereta ‘Kei’ Jepun terdapat dalam pelbagai bentuk. Ada yang kelihatan cantik, comel, elegan tetapi ada juga yang kelakar. Ini kerana mereka terikat dengan peraturan yang ditetapkan pleh kerajaan. Bagaimanapun ada yang cukup popular dan menawarkan ruang dalaman yang lebih luas berbanding model lain. Contoh terbaik ialah Daihatsu Move. Kalau di Malaysia ni dikenali dengan nama Perodua Kenari, tetapi ia bukanlah dari generasi Move terbaru.

Model asal dengan tapak yang kecil dan ketinggian yang agak melampau bagi sebuah wagon comel diperkenalkan pada tahun 1995 hasil rekaan pereka tersohor Itali, Giorgetto Giugiaro. Patut la unik benar rupanya, dulu memang ada yang panggil kereta kasut, mesin basuh dan macam-macam lagilah. Sejak diperkenalkan, Daihatsu akan mengeluarkan Move model baharu setiap empat tahun sekali (anggaran lebih kurang). Ini merupakan model khusus untuk pasaran 2018 (JDM semestinya).

BACA: DAIHATSU PAMER 11 MODEL DI TAS 2017

Ia sebenarnya merupakan model naiktaraf daripada model asal yang diperkenalkan sekitar 2014 tetapi kini diberi beberapa sentuhan baharu bukan hanya luaran tetapi juga dalaman. Malah ia juga ditambah dengan beberapa peralatan baharu.

Antara sentuhan baharu untuk model ini ialah lampu utama LED, gril baharu, rekaan bumper yang diperbaharui depan dan belakang, lampu belakang baharu dan pilihan corak rim yang menarik. Ergonomik tempat duduk juga telah dioptimakan untuk keselesaan. Selain daripada itu ia kini dilengkapi dengan dengan sistem brek kecemasan yang dinamakan low-speed emergency braking system yang mampu mengesan pejalan kaki dengan bantuan sistem kamera bersudut lebar.

Kesemua pakej di atas disatukan dalam sebuah model yang cuma 11 kaki panjang dan 4.8 kaki lebar. Tapi berbeza daripada kereta Kei lain, ia adalah cukup tinggi dan hampir mencecah 5.5 kaki. Ia memang cukup tinggi dan jika ketinggiannya ditambah lebih daripada itu, kemungkinan terbalik adalah cukup tinggi. Tapi jangan bimbang, ia sudah diuji oleh pihak Daihatsu.

BACA: TOYOTA-DAIHATSU TUBUH SYARIKAT BARU UNTUK KUASAI PASARAN KERETA KOMPAK

Kuasanya kini dijana oleh enjin 660cc dengan versi NA dan juga turbo. Ia juga mempunyai pilihan pacuan hadapan dan juga all-wheel-drive dengan sistem transmisi CVT. Versi manual memang sudah lama dihentikan. Pembeli juga boleh memilih kemasan dalaman yang digemari mereka. Tengok sahaja galeri di bawah betapa banyak warna yang ditawarkan dengan kemasan yang berbeza. Berkenan pula tengok versi Move Custom.

Harga di Jepun dianggarkan sekitar RM43,000 sehinggalah RM66,000. Rasanya memang tak banyak beza dengan model-model yang dipasarkan oleh Perodua, kan? Harap-Harap Move baharu ini akan menjelma menjadi Kenari baharu satu hari nanti. Kalau dapat dalam masa terdekat lagi lagi lagi best kan?

GALERI:

Google ads
Back to top button