Motosikal

INILAH 10 MOTOSIKAL PALING BURUK PERNAH DIHASILKAN DI BUMI

Sewaktu kami berbincang untuk senaraikan filem terbaik dulu pun bertekak juga di pejabat sebab masing-masing ada pendapat berbeza. Tapi kali ni agak aman damai sebab ramai yang setuju dengan senarai 10 motor ini yang tak dinafikan memang hodoh di mata kami.

Kalau anda ada cadangan lain sila tinggalkan di bahagian komen. Kita buat siri kedua pula nanti. Jadi, sambil berehat-rehat di hujung minggu, nikmatilah motosikal Abang Japar di bawah.

1.DUCATI MULTISTRADA 110001 ducati multistrada 1100

Kalau tengok pada keluaran baru Ducati Multistrada 1200 hari ini memang ramai yang tak percaya ia dilahirkan dari model ini. Ia direka oleh Pierre Terblanche yang dikatakan evolusi daripada rekaan peribadi sebelumnya, Cagiva Gran Canyon – sama buruk.

Motor bentuk macam kacang boncis ini menerima kutukan tanpa belas bagi krew mekanika di pejabat sehingga ketawa kedengaran di seluruh lot bangunan dan menyebabkan kami ditegur jiran sebelah.

2. APRILA MOTO 6.502 Aprilia Moto 6.5

Ini motor yang ada masalah identiti. Sebenarnya kami pun tak tahu ia kelas motor apa. Boleh jadi easy rider, enduro, touring acah-acah moden klasik dengan body tiub.

Persoalan yang ditimbulkan oleh Abang Japar ialah, adakah ia direka oleh seorang arboq?

3. KTM 690 SUPERMOTO

03 KTM 690 supermoto

Berkemungkinan besar pereka motor ini tidak diberikan sebarang peralatan moden seperti komputer dengan perisian grafik terkini. Beliau mungkin dipaksa membuat motor dengan menggunakan sebatang PEMBARIS.

Lihat pada muncung depan macam paruh itik yang diasah. Peredam bunyi itu pun cacat mendongak ke atas. Mungkin di akhir rekaan, pembuat ekzos bergaduh dengan pereka ekor belakang.

Pereka ekor menendang ekzos dan secara tidak sengaja, muncung ekzos naik ke atas.

4. CAGIVA C10 FRECIA04 Cagiva C10 Frecia

Kalau mengikut standard 80-an, bentuk begini tidak lah pelik sangat. Tapi bila bercakap tentang pereka Itali, mereka selalunya nak berlebih-lebih.

Tengok pada mudguard depan tu mengingatkan kami Honda Insight tahun 1999 dulu, yang fender belakangnya bertutup. Gila kelakar.

5. MORBIDELLI V805 Morbideli V8

minions-05

Motor ni boleh dihormati sebab 1 sebab sahaja. Enjin V8, 32 injap yang keluar masa tahun 80-an pada sebuah motor. Itu sahaja.

Kalau tengok pada kertas spesifikasi memang rasa kagum yang amat sangat. Tapi bila tengok fizikal motor sebenar, rasa nak berguling gelak. Nak kata dapat idea dari kartun Minion pun tak logik juga, zaman purba kot.

Boleh lah kita ketawa beramai-ramai secara berjemaah

Ni motor ke mentadak mentadu?

6. SUZUKI B-KING06 Suzuki B-King

Jarang kita jumpa moto moden dengan rekaan yang buruk. Tetapi pada 2007, Suzuki mengeluarkan B-King, versi naked Hayabusa dengan enjin 1300cc.

Semuanya nampak normal sehinggalah anda lihat bentuk belakangnya. Ekzos yang tak dapat nak disorokkan lagi menyebabkan ekor tirus jadi cacat.

7. BMW K1

07 BMW K1

Jika Chris Bangle dah jadi perekabentuk masa zaman ni berkemungkinan besar dia akan disalahkan 100 peratus. Beliau mungkin akan diugut, didakwa, disebat dan seluruh keluarganya akan dipenjarakan.

BMW Motorrad juga mungkin akan menyalahkan Mercedes, Yamaha, Honda, Demak, Yamaha China, Abang Japar dan sesiapa sahaja sebab mereka tersalah buat motor. Anda tak akan sangka K1600GT sekarang lahirnya dari model ini.

Ni bukan Kawasaki K1 tau.

8. LAMBORGHINI DESIGN9008 Lamborghini Design90

Apa? Lamborghini pernah buat motor?

Ya. Jawapan yang lebih tepat, motor yang Ya Rabbi buruknya.

Dihasilkan dari kerjasama Lambo dan firma motosikal Prancis Boxer-Bikes pada tahun 1985. Ia menggunakan enjin Kawasaki 4 selinder dan dikatakan hanya 20-25 unit sahaja dihasilkan. Ia motosikal premium yang dijual 2 kaliganda daripada motosikal paling mahal pada ketika itu.

Dahlah buruk, mahal ya ampun. Kau nak beli?

9. BIMOTA MANTRA09 bimota-mantra

Kami pun tak faham bagaimana ada pereka yang boleh hasilkan motor dengan bentuk yang tak tahu hujung pangkal. Sekali tengok kita tak tahu motor ni dah siap atau tidak.

Mantra menggunakan enjin 900cc Ducati. Motor ini tahun 1995, cuba bayangkan Kawasaki ZX-9 dan letakkan motor belalang kunyit ni ini di sebelah.

Yang mana satu kau rasa nak karate?

10. Buell RR100010. Buell RR1000 85

Ia tiada kaitan dengan BMW S1000RR. Seperti yang kita ketahui, orang Amerika ni bukanlah pandai sangat buat motor. Jadi bila mereka mencipta Buell 1000RR untuk jadi motosikal terpantas, ia dianggap revolusi di Amerika yang berjaya membuat motosikal sport.

Revolusi ke, laju ke, pantas ke, sport ke,

Kalau buruk siapa yang peduli?

Nah, tengok video ni kalau kau memang jenis pemalas nak membaca

BACA – CBR250RR SAH MASUK PASARAN MALAYSIA

BACA – MUZIUM LHM, SYURGA PEMINAT MOTOSIKAL

Google ads
Back to top button