Motosikal

SHOEI RF-SR, LEBIH KOMPAK & AERODINAMIK – AS$399 (RM1,700) SEUNIT!

Hadir dengan pelbagai ciri dan fungsi terbaik, SHOEI RF-SR bukanlah topi keledar asas atau entry level. RF-SR menampilkan reka bentuk kompak serta aerodinamik bersama gayaan yang tajam dan agresif.

Ia menggunakan  kerangka dengan teknologi Multi-Ply Matrix AIM+ untuk menawarkan perlindungan terbaik. Topi keledar ini mengaplikasikan lapisan gentian kaca, gentian organik dan  resin yang disulam serta dilekat menggunakan tangan. SHOEI menyifatkannya sebagai kerangka paling kuat, ringan dan elastik.

Shoei-RF-SR-Helmet-2017-mekanika (7)

Pada bahagian dalaman, RF-SR dipasang dua lapis kemasan EPS dengan kepadatan berbeza. Ia berfungsi menyerap hentakan jika penunggang jatuh. SHOEI menggunakan EPS berlainan di bahagian berbeza topi keledar untuk memberi perlindungan kepada penunggang. Pada masa yang sama memastikan topi keledar itu kekal kompak dan ringan.

Lebih menarik lagi, kemasan dalaman topi keledar tersebut mampu memberikan semua yang anda mahu. Ia boleh ubah suai mengikut keperluan, diganti dan dibuka untuk dibersihkan.

Shoei-RF-SR-Helmet-2017-mekanika (4)

Topi keledar ini juga didatangan dengan aliran udara yang bagus, sistem lid termaju dan bahagian dalaman yang boleh dibuka sepenuhnya. Sekali gus menjadikannya satu pilihan terbaik untuk tunggangan jarak pendek atau jauh.

Dengan sistem asas plat QR-E, ia memudahkan penunggang  untuk menukar pelindung muka atau visor tanpa memerlukan sebarang peralatan. SHOEI juga mendakwa versi terbaharunya mempunyai hehelung lebih kuat bagi membantu memberi kedapan lebih baik daripada angin dan hujan.

Shoei-RF-SR-Helmet-2017-mekanika (1)

Dijangka berada di pasaran pada awal tahun depan, RF-SR ditawarkan pada harga $399 (RM1,700) seunit. Ia akan didedahkan secara rasmi buat tatapan umum pada acara AIMExpo 2016.

Sama seperti topi keledar SHOEI yang lain, RF-SR dihasil menggunakan tangan di Jepun. Proses penghasilan yang sofistikated itu melibatkan lebih 50 orang pekerja untuk setiap unit topi keledar.

Shoei-RF-SR-Helmet-2017-mekanika (3)

SHOEI RF-SR ditawarkan dalam enam saiz (XS hingga XXL) serta tujuh warna iaitu hitam, putih, hitam matte, oren, kelabu gelap matte, kelabu, oren dan biru metalik. Masih tiada maklumat sama ada topi keledar itu akan hadir bersama grafik tambahan atau sebaliknya.

Dalam perkembangan sama, SHOEI juga dilapor bakal memperkenalkan grafik baharu untuk topi keledarnya. Sebagai contoh, varian X-Fourteen akan menerima grafik Marquez4 TC-6, Lawson TC-1 & Rainey TC-1, Laverty TC-4, Kagayama5 TC-2/TC-5 dan Assail TC-5.

Google ads
Back to top button