Artikel Pilihan

INILAH 7 KERETA DAN JENAMA YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN ISTIMEWA TAHUN INI

Korang semua ada sambut apa-apa ulang tahun istimewa tak tahun ni? Ulang tahun perkahwinan ke? Sambutan ulang tahun ke 100 ke? Ini bukan senarai ulang tahun umur kami di Mekanika tetapi ulang tahun model-model kereta dan jenama paling popular di dunia.

Setengah model ini sudah tidak dikeluarkan lagi tetapi masih diminatu sehingga ke hari ini walaupun selepas 60, 70 tahun sejak mula diperkenalkan. Ingat RX-Z ke tahan lama?

  1. Chevrolet Corvette – 70 tahun

Tahun ini merupakan sambutan ulang tahun Corvette ke 70. Walaupun permulaan hidup Corvette ini tidak begitu menarik tapi kini ia menjelma menjadi antara model sport tercantik di dunia. Bayangkan 70 tahun GM nyaris menggugurkan projek Corvette ni tapi kini ia menjadi antara model paling ikonik dari Amerika Syarikat.

  • Porsche 911 – 60 tahun

Porsche 911 belum dipasarkan secara rasmi sehinggalah tahun 1965 tapi kereta ini mula diperkenalkan kepada pasaran global pada musim luruh 1963 sebagai 901. Walaupun namanya bertukar kepada 911 selepas bantahan daripada Peugeot namun rekaannya masih kekal sehingga ke hari ini. Enjin pun masih berada di bahagian belakang tak ada ubah-ubah sampai sekarang.

  • Honda – 60 tahun

Honda ditubuhkan seawall tahun 1946 tapi kereta pertama mereka dikeluarkan hanya pada tahun 1963. Walaupun awalnya model pertama mereka cumalah sebuah trak pikap kecil yang dinamakan T360 sebagai memenuhi piawaian kereta-kereta kei Jepun kini mereka menempa nama di seluruh dunia dengan model-model Type R yang menjadi dambaan abang-abang dan hakak-hakak H di seluruh dunia yang fana ini.

  • Lamborghini – 60 tahun

Dulu Lamborghini sukar dilihat di atas jalan kerana rata-rata pemiliknya cukup low profile dan tidak gemar menunjuk-nunjuk. Kini ia menjadi modal content merapu yang tak bersangkut paut langsung dengan kereta. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1963 dan mula menayangkan model pertama mereka yang dinamakan Miura di Geneva Motor Show 1966. Ah, korang tahu sendiri la sejarah antara Lamborghini dan Ferrari ni.

  • Caterham – 50 tahun

Kereta bentuk tab mandian ini asalnya dikenali dengan nama Seven dan dimiliki oleh Colin Chapman. Chapman kemudian menjual hakmilik Seven kepada Caterham pada tahun 1973 kerana beliau ingin lebih fokus kepada jenama Lotus. Terima kasih kepada Caterham kerana memastikan model ini masih wujud sehingga ke hari ini.

  • Aston Martin DB5 – 60 tahun

DB5 cuma diproduksikan selama beberapa tahun selepas pelancarannya pada tahun 1963 dan ianya tidak mempunyai banyak perbezaan berbanding DB4 Series V yang digantikannya. Paling ketara kapasiti enjinnya ditingkatkan dari 3.7 ke 4.0 liter. Ia menjadi sebutan ramai selepas dipilih sebagai kereta kegunaan perisik terkenal British, James Bond menerusi francais filem terkenal itu.

  • Audi TT – 25 tahun

Ini dia model paling muda dalam senarai. Audi TT. Jarang sebenarnya boleh dilihat kereta seperti TT asal ni. Mula-mula tengok rasa macam tak best. Macam kacukan Beetle dan Porsche tapi dua kali tengok rasa berkenan pula. Ye lah nak beli R8 mahal sangat jadi TT adalah pilihan yang lebih afdal.

Google ads
Back to top button