" "
Buletin

UNTUNG JADI DUTA ISUZU, CARL FOGARTY TERIMA D-MAX ARCTIC TRUCKS AT35 BAHARU!

Peminat lumba motosikal era 90-an pasti mengenali pelumba handalan Carl Fogarty yang pernah menjuarai empat kali Kejohanan Superbike Dunia bersama dengan motosikal Ducati.

Selain perlumbaan superbike, Fogarty pernah bersaing di dalam grand prix dunia kelas 250cc dan 500cc.

Fogarty mempunyai gaya tunggangan yang laju di selekoh dan agresif dan semangat beliau untuk menang.

Untuk peminat tempatan pula, memori terpahat pada pasukan lumba Foggy Petronas yang hadir dengan model tersendiri Petronas FP1.

Fogarty lahir pada tahun 1957 kini aktif di dalam hobi aktiviti luar seperti basikal gunung, motosikal lasak dan memancing.

Satu lagi tugas Fogarty ialah sebagai duta jenama Isuzu United Kingdom (UK) dan beliau baru sahaja menerima sebuah pikap D-Max Arctic Trucks AT35.

Pikap itu menggantikan D-Max V-Cross dan beliau juga memiliki D-Max XTR.

D-Max V-Cross berwarna Putih Mutiara yang digunakan sebelum ini diganti dengan D-Max Arctic Trucks AT35 warna hitam dan tampil ‘ganas’ dilengkapi fender flare lebar, rim 17 inci dan tayar 35 inci AT.

Bagi mengharungi pelbagai bentuk muka bumi, suspensi asal diganti dengan set dari Bilstein. Ada banyak lagi kelengkapan pada pikap itu seperti lampu atas bumbung, pemijak sisi Arctic Trucks dan sebagainya.

Dari segi mekanikal, pikap itu digerakkan enjin RZ4E 1,898 cc diesel turbo yang menghasilkan 164 ps dan tork 360Nm.

Dengan pelbagai kit tambahan, D-Max Arctic Trucks AT35 memang sesuai dengan aktiviti lasak beliau.

Di UK, D-Max Arctic Trucks AT35 dijual pada harga 57,529.80 pound (RM306,293.04) untuk model manual dan 59,329.80 pound (RM315,868.06) bagi model automatik.

BACA: ISUZU D-MAX ARCTIC TRUCKS AT35, GANAS WEH!

BACA: ISUZU D-MAX X-TERRAIN 2022. WARNA HITAM/PUTIH BAHARU, KAMERA 360, BERMULA RM147K

BACA: SEGALANYA TENTANG ENJIN ISUZU 4JJ3-TCX. 188 KUASA KUDA & 450NM TORK

Google ads
Back to top button