Artikel Pilihan

INILAH SEBABNYA KENAPA VOLVO MEMPUNYAI GARISAN CONDONG PADA BAHAGIAN GRIL KENDERAAN MEREKA

Sama seperti semua kenderaan yang dikeluarkan oleh pengeluar lain, Volvo mempunyai identitinya tersendiri. Begitu juga dengan logo, lencana dan pelbagai ciri pengenalan estetika yang lain. Satu daripada siri ikonik mereka ialah garisan panjang yang condong pada bahagian gril kenderaan keluaran mereka. Ia mempunyai cerita disebaliknya dan mungkin akan menarik peminat anda, kalau tak pun peminat Volvo mesti nak tahu punya.

Logo asal Volvo yang berbentuk bulatan dengan panah terkeluar merupakan simbol yang mewakili unsur logam. Selain daripada itu ia juga simbol yang digunakan untuk kelelakian dan planet Marikh.

Tapi dalam konteks Volvo, ia dipilih kerana mewakili logam khususnya besi yang banyak digunakan dalam menghasilkan kenderaan-kenderaan mereka. Tapi bagaimana pula dengan garisan tadi? Apa kaitannya dengan logo Volvo?

Volvo OV 4 yang dihasilkan dalam tahun 1927 dengan nama gelaran ‘Jakob’ merupakan kenderaan pertama dihasilkan Volvo. Kereta ini mempunyai masalah semasa kelahiran kerana sewaktu unit dipandu keluar dari kilang pengeluaran ia meluncur ke belakang dan bukannya ke depan seperti sepatutnya. Kira songsanglah ni. Masalah tersebut berlaku kerana berlaku kesilapan sewaktu pemasangan gandar belakang.

BACA: GEELY LANCAR KERETA PERTAMA DENGAN ENJIN PLUG IN HYBRID 3 SELINDER

Bukan itu sahaja, ia juga dihasilkan dalam bentuk convertible yang hanya sesuai untuk cuaca Sweden dan bukannya pilihan bijak untuk negara beriklim panas.

Tapi ia masih lagi merupakan sebuah Volvo yang pertama dengan logo terkenal mereka. Ia adalah hasil rekaan seorang pereka dan pelukis Helmer MasOlle. MasOlle mahukan logo Volvo berada di bahagian tengah radiator itu sendiri. Ini kerana pada masa itu tidak skrin ataupun gril pada bahagian hadapan radiator.

Untuk meletakkan logo pada bahagian tersebut memang agak sukar jadi mereka memutuskan untuk meletakkannya pada satu bar yang memanjang dari satu sudut kesatu sudut lain. Ia juga untuk memudahkan mereka mencari titik tengah logo tersebut.

Jadi itulah rahsia garisan tersebut sebenarnya. Ia merupakan cara paling mudah untuk mencari titik tengah untuk pemasangan lambang Volvo itu. Mungkin selepas itu mereka merasakan yang garisan itu menambah seri pada kereta mereka dan dikekalkan sehingga le hari ini. Kalau tak mesti mereka dah buang garisan tersebut ataupun diwarnakan dengan warna hitam agar tidak terlalu menonjol.

Garisan ini pernah menghilang pada beberapa model Volvo tetapi kini ia kembali menghiasi bahagian gril hadapan mereka.

Kredit kepada Jalopnik.com

Google ads
Back to top button