Artikel Pilihan

CERITA WARGA KOTA : HENDAK PERGI KERJA NAIK APA YA?

Abdul (bukan nama penuh) adalah graduan dari universiti tempatan dalam jurusan perniagaan. Pemuda berasal dari Bagan Serai ini bersyukur kerana beliau tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan peluang pekerjaan walaupun ada rakan segraduan masih setia menunggu Brader Posmen menghantar surat jawapan untuk menghadiri temuduga.

BACA : KEMALANGAN DAN FAKTOR-FAKTORNYA

BACA : MAT MOTOR VS MAT KERETA

Abdul juga bertuah, kerana beliau boleh menumpang di rumah kakak yang terletak di Taman Selayang. Bolehlah lebih kurang nak bayar sewa bilik. Hendak pergi ke tempat kerja di Petaling Jaya pun tak ada masalah kerana boleh menumpang kakak dan abang ipar beliau sehingga ke LRT Sentul atau di LRT Terminal Gombak.

Namun selepas beberapa bulan bekerja, timbul sedikit kesukaran dek kerana perbezaan waktu masuk kerja antara Abdul dan juga kakak dan abang iparnya. Lantas Abdul benar-benar di dalam dilema. Hendak pergi kerja naik apa?

Pengangkutan Awam

Abdul mungkin boleh menaiki bas Rapid KL terus menuju sehingga ke Pusat Bandar sebelum mengambil LRT untuk ke pejabat di PJ. Cuma nak keluar awallah kalau berhajat menaiki Rapid KL ni. Beliau mungkin harus bersolat Subuh berjemaah di dalam bas demi mengelakkan lewat tiba ke Pusat Bandar sebelum transit menaiki LRT pula. Macam tak berapa nak ideal pula naik pengangkutan awam.

Beli Motor

Hah, ini nampak macam menarik dan praktikal. Potongan gaji ke Tabung Haji itu pun rasanya macam cukup dah untuk dibuat duit muka sebagai hantaran Yamaha Y15ZR.  Nak buat balik kampung naik motor pun apa ada hal? Tapi Abdul teringat pula pesan oleh ibunya. Jangan cuba-cuba nak beli motor. Bahaya katanya.

Itu belum lagi status motosikal yang tahap kepanasannya agak melampau juga. Takkan nak beli motosikal Demak Interchange serupa kata Abang Japar? Tak boleh. Tak boleh.

Beli Kereta

Selaku Eksekutif muda yang mempunyai gaji agak sedap juga, sudah tentulah memandu dengan bergaya ke pejabat menjadi pilihan yang hebat. Makwe pun senang lekat. Kalau ikut gaji, Abdul masih mampu lagi hendak membayar ansuran bulanan Honda City atau pun Toyota Vios. Barulah kena dengan status beliau sebagai graduan Universiti. Tapi masalahnya kena ikat perut sikitlah. Mana nak bayar parkir lagi. Petrol lagi. Itu belum lagi kalau guna laluan bertol. Jenuh jugalah nak membuat tambah nilai TouchNGo.

Hendak beli Perodua Myvi, opsyen 1.5 makan bulan juga nak kena tunggu. Kalau ambil 1.3 orang kata enjin dia lembab sikit. Itulah masalahnya si Abdul ini bila mudah terpengaruh dengan kata-kata orang. Padahal sampai juga ke destinasi. Cepat atau lambat jarang sangat bergantung kepada cc enjin kereta.

Nah, barangkali ini adalah simulasi mahupun kisah sebenar yang mengganggu jiwa anak muda. Pemerintah menggesa kita menggunakan pengangkutan awam, Rapid KL misalannya Tapi aksesnya ada limitasi ditambah dengan keadaan jalanraya yang boleh menggangu jiwa. Jem dia buat kita istigfar panjang.

Kadang anggota trafik tahan di lampu isyarat lama sangat. Habis dua ketul karipap pun tentu dia bagi lepas lagi. Kan?

Jadi, Abdul nak pergi kerja naik apa?

Google ads

B K

Back to top button