
INOVASI YANG DIHARAMKAN DALAM PERLUMBAAN F1
Perlumbaan Formula 1 atau F1 adalah usaha persaingan yang sihat antara pasukan perlumbaan dimana pelumba dan juga jurutera sentiasa bekerjasama dengan erat bagi menghasilkan jentera yang paling laju. Sebaik sahaja jurutera menemui inovasi terbaru, maka pasukan akan mencari jalan atau klausa atau “grey area” bagi membolehkan rekaan dan inovasi mereka digunakan dalam perlumbaan
Namun jika teknologi tersebut terlalu kompleks dan tidak boleh ditiru oleh pasukan yang lain, kemungkinan kelebihan dan “unfair advantages” yang diperolehi oleh pasukan tersebut bakal diprotes oleh pasukan lain kerana ia akan menjadikan jentera lawan mereka terlalu laju dan sangat sukar diatasi. Namun apa yang bagus teknologi ini akan diserap dan digunakan oleh kereta biasa di jalan raya menjadikan jalan raya lebih selamat.Kami senaraikan di sini beberapa teknologi dan inovasi yang diharamkan dalam perlumbaan F1.
Brabham BT46B “kereta kipas”

Untuk berlumba pada halaju yang tinggi, jentera F1 memerlukan pergerakan angin yang diperlukan untuk menekan cesi kereta pada permukaan jalan yang dikenali dengan nama downforce. GT Wing pada bahagian belakang cesi memang digunakan untuk tujuan ini serta rekaan laluan angin di bawah cesi bagi mewujudkan pergerakan angin yang laju. Angin yang bergerak laju mewjudkan tekanan udara rendah di bahagian bawah kereta.
Bagi mewujudkan tekanan udara yang rendah di bawah cesi pasukan Brabham telah memasang kipas yang besar di belakang cesi dengan tujuan menyedut angin dengan ekstrim melalui ruang enjin. Alasan mereka ialah enjin tersebut terlalu panas dan memerlukan penyejukan tambahan bagi membenarkan inovasi mereka digunakan dalam perlumbaan. Terdapat arahan bertulis dalam manual rujukan FIA yang membenarkan pengguanaan alatan tambahan untuk tujuan penyejukan tapi tidak boleh digunakan untuk aerodinamik.
Pasukan lain membantah penggunaan kipas ini dan mendakwa batu dan pasir disembur terus ke muka pelumba lain ketika mereka mengekori rapat jentera ini. Niki Lauda yang menggunakan jentera ini memenangi perlumbaan GP Sweden namun ia tidak lagi digunakan selepas pasukan lain memprotes penggunaan kipas pada bahagian belakang.
Jentera 6 Roda

Walaupun rekaannya menyerupai sebuah lori ikan, namun Jurutera Derek Gardner menyatakan penggunaan 2 pasang tayar di bahagian depan cesi menawarkan kelebihan dari segi aerodinamik. Tayar yang kecil ini akan disembunyikan di belakang GT Wing depan. Bagi menambah cengkaman, 2 pasang tayar digunakan. Jentera P34 ini digunakan oleh pasukan Tyrrell namun hanya memenangi 1 perlumbaan dari 2 musim perlumbaan.
Pasukan William menghasilkan FW08B, Ferrari turut menghasilkan prototaip jentera 6 roda diikuti dengan pasukan March. Namun FIA mengharamkan terus penggunaan jentera 6 roda bermula dari musim 1983.
Suspensi Aktif

Suspensi aktif berfungsi dengan bantuan penyerap hentak yang mampu melaraskan kekerasan berdasarkan keadaan permukaan jalan ataupun litar. Penyerap hentak tadi akan diaktifkan secara elektromagnet dan arahan akan dihantar melalui sistem komputer. Lotus memulakan trend ini pada 1980an namun ia dipopularkan oleh pasukan Williams.
FW14B dan FW15C yang dipasang dengan suspensi aktif dan dipandu oleh lagenda Damon Hill dan juga Alain Prost memenangi kategori pemandu dan juga pengeluar pada tahun 1993. Bagi menjadikan perlumbaan F1 lebih kompetitif, FIA mula mengharamkan teknologi ini terus digunakan kerana pasukan yang kecil dan kurang berkemampuan dari segi kewangan tidak akan mampu menggunakan teknologi ini.
Sistem Kawalan Cengkaman

Electronic Stability Control atau Kawalan Kestabilan Elektronik merupakan teknologi yang diwajibkan bagi kenderaan penumpang masa kini tidak lagi digunakan pada jentera F1. ESC akan mengawal cengkaman tayar pada permukaan jalan bagi mengelakkan tayar daripada tergelincir terutama ketika permukaan jalan basah. Teknologi ESC banyak menyelamatkan nyawa di jalanraya namun ketika perlumbaan ia memberikan kelebihan pada pemandu
FIA mengharamkan penggunaan ESC kerana berpendapat ia menjadikan perlumbaan F1 sangat mudah, jadi pengharaman ESC menjadikan perlumbaan lebih mencabar, lebih dramatik dan memberi peluang kepada pasukan F1 yang kurang berkemampuan untuk terus bersaing secara sihat. Bermula dari tahun 2001 ia mula digunakan balik namun pada thaun 2008 ia mengharamkan semula penggunaan ESC kerana khuatir terdapat software lain yang digunakan secara rahsia.
Anda boleh baca berkenaan ESC di SINI.
Kesan Permukaan Jalan

Ketika melakukan ujian angin bersama penyelidik universiti, Pasukan Lotus mendapati jika rekaan bahagian bawah cesi ditambah baik maka aliran udara akan bertambah laju mewujudkan ground effect ataupun kesan permukaan jalan. Apa yang perlu dilakukan ialah menambah tirai atau skirting di bawah cesi bagi membolehkan ground effect berfungsi dengan baik.
Namun bermula dari tahun 1983, rekaan ground effect ini diharamkan oleh FIA berikutan isu keselamatan. FIA bimbang rekaan underbody ini rosak ketika perlumbaan menyebabkan kemalangan dan juga halaju yang terlampau tinggi ketika mengambil selekoh.
Bahan Api (Petrol) Terlarang

Walaupun untuk perlumbaan, jentera F1 sebenarnya amat menitikberatkan kecekapan bahan api. Lebih banyak petrol dibawa dan digunakan, lebih berat jentera F1. Jentera yang berat akan menjadikannya kurang kompetitif ketika perlumbaan. Apa yang diperlukan oleh jurutera ialah mengekstrak seberapa banyak tenaga daris setitik petrol. Undang-undang baru pula menetapkan jumlah isipadu maksima yang boleh dimuatkan oleh jentera ketika perlumbaan.
Honda dan Shell pernah bekerjasama untuk menghasilkan Toluene 100% sebagai bahan api. Toulene boleh digunakan sebagai penggalak RON di dalam enjin turbo untuk jentera F1 ketika itu bagi mengatasi masalah ketukan ketika perlumbaan. Namun Toluene adalah bersifat karsinogen atau beracun dan boleh menyebabkan masalah kanser jika terdedah pada bahan ini untu satu tempoh masa yang lama. Bermula tahun 1993 FIA menetapkan bahawa petrol yang digunakan mestilah menyerupai petrol yang digunakan untuk jalan raya.
Brek Selekoh McLaren / Brake Steer

Masalah understeer merupakan satu fenomena yang membuatkan kereta meluncur dan engkar arahan pemandu untk menukar arah mengikut laluan berselekoh. Jentera F1 akan terus meluncur ke hadapan dan seterusnya menyebabkan kemalangan jika input stering gagal diberikan secukupnya. Jadi pasukan McLaren memasang satu pedal brek khas untuk mengaktifkan brek belakang sahaja ketika selekoh pada jentera MP4/12.
Ketika pemandu merasakan fenomena undertseer akan berlaku, brek ketiga ini akan mendorong jentera F1 untuk mengalami oversteer seterusnya menstabilkan jentera ketika selekoh. Brek ini memberikan kelebihan masa pada jentera F1 sebanyak setengah saat untuk setiap pusingan litar. Jentera F1 terkantoi apabila jurugambar mendapati cakera brek belakang jentera tersebut bersinar ketika pertengahan selekoh namun lampu brek tidak menyala.
Sirip Jerung / Shark Fin

Sirip jerung ataupun shark fin mula diperkenalkan untuk perlumbaan musim 2017 bertindak mengubah aerodinamik jentera F1 bersama-sama dengan GT Wing pada bahagian belakang cesi. Namun sirip jerung ini telah diketepikan selepas hanya satu musim memandangkan cadangan penggunaan ini tidak popular pada pasukan yang bertanding kerana mereka berpendapat ia akan menyebabkan jetera F1 kelihatan hodoh.
Transmisi CVT

Untuk kegunaan jalanraya, banyak pengeluar menggunakan CVT atas kelebihan rekaan mekanikal untuk menjimatkan bahan api dan melancarkan pecutan. Namun apabila CVT digunakan pada jentera F1, ia telah ditala agar memaksa enjin sentiasa beroperasi pada RPM yang menghasilkan tork maksima. Sangat bagus untuk pecutan keluar dari selekoh. Prototaip FW15C pasukan William telah dilengkapkan dengan transmisi CVT.
Namun undang-undang FIA pada tahun 1994 menyatakan jentera F1 perlu memilki sistem transmisi dengan gear kekal dalam satu set samaada 4,5,6 ataupun 7 menghapuskan terus peluang untuk CVT digunakan dalam perlumbaan
Cesi Berkembar

Cesi rekaan Colin Chapman telah direka agar memiliki 2 set cesi berkembar pada jentera Lotus 88. Ia diperkenalkan agar ia dapat mengekstrak kesan permukaan jalan. Cesi luar bertindak memegang kerangka jentera F1 dan boleh bergerak secara bebas dari cesi pertama. Apabila udara mengalir pada kerangka luar, ia akan menekan cesi kedua agar bergerak ke bawah dan mewujudkan ground effect yang diperlukan.
Namun rekaan ini dibantah oleh pasukan lain dan diharamkan serta merta oleh FIA menyebabkan Lotus 88 tidak pernah berlumba.
Tanpa sebarang inovasi yang membawa jentera F1 ke hadapan serta terlalu banyak red tapes menjadikan perlumbaan F1 semakin membosankan buat masa sekarang.