
INSENTIF EEV – BMW TURUNKAN HARGA 1 SERIES & 3 SERIES
BMW Group Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa pihaknya telah menerima Insentif Status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) Khas untuk BMW 1 Series dan BMW 3 Series.
Justeru. BMW Group Malaysia telah menyemak semula harga jualan untuk model BMW 118i, BMW 120i M Sport, BMW 318i Luxury, BMW 320i Sport Line dan BMW 330i M Sport. Hasilnya, harga Berjaya diturunkan sehingga lapan peratus.
“Kami bekerjasama rapat dengan wakil-wakil daripada kerajaan. Terutama Institut Automotif Malaysia (MAI), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Kewangan (MOF), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
“Ini bagi memastikan kami memenuhi semua kriteria untuk mendapatkan insentif EEV,” kata Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun.
Harga runcit yang baru dengan Insentif Status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) (di atas jalan tidak termasuk insurans, bersama Jaminan Perbatuan Lima Tahun Tanpa Had, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Jaminan Tayar terbaru daripada BMW Malaysia) untuk varian-varian BMW 1 Series dan BMW 3 Series adalah seperti berikut:
| Harga sekarang | Harga Insentif EEV | |
| BMW 118i Sport | RM 188, 800.00 | RM 173,800.00 |
| BMW 120i M Sport | RM 219, 800.00 | RM 202,800.00 |
| BMW 318i Luxury | RM 219,800.00 | RM 202,800.00 |
| BMW 320i Sport | RM 249,800.00 | RM 231,800.00 |
| BMW 330i M Sport | RM 319,800.00 | RM 297,800.00 |










