Motosikal

HONDA MSX 125 GROM ENJIN PANIGALE

Honda MSX125 Grom yang bakal anda lihat ini bukan calang-calang. Ia  telah menerima proses pengubahsuaian dan digelar sebagai Mod Dam.

honda-msx-125-panigale-mekanika (5)

Model kecil ini memiliki kuasa yang besar hasil penggunaan enjin Ducati Panigale 1199. Garapan hasil tangan Mario Kleff dari Thailand membolehkan jentera itu memecut sehingga 320km/j!

Honda MSX 125 Grom itu kini memiliki kuasa 205hp berbanding sebelumnya 9hp. Malah dimensinya juga berubah dengan panjang 165cm, lebar 69cm dan jarak roda 121cm. Ketinggian pelana pula ialah 80cm dengan berat jentera 137kg.

honda-msx-125-panigale-mekanika (1)

Dimensi MSX 125 Grom yang asal ialah 176cm panjang, 76cm lebar, jarak roda 120cm dan ketinggian pelana  77cm. Beratnya pula ialah 102kg.

Kleff membangunkan rangka trelli khusus yang diskrukan pada janakuasa.

honda-msx-125-panigale-mekanika (3)

Dimensi Grom yang kecil telah memaksa Kleff memposisikan semula kedudukan radiator di bawah pelana dan meletakkan oil cooler pada bahagian hadapan.

Bahagian ekzos juga dibangunkan baharu sepenuhnya.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button