Buletin

ISUZU D-MAX ARTIC

Membawakan gaya urban yang berani, mewah dan tersendiri bersama sentuhan yang sofistikated kepada jentera urban, Isuzu D-MAX ARTIC nyata tampil eksklusif.  SONY DSC Isuzu D-MAX ARTIC juga pasti membuatkan para penggemar trak pikap berasa ia sangat relevan dengan gaya hidup aktif mereka pada hari ini. Didatangkan dalam warna putih mutiara dan pelbagai ciri mewah, hanya 510 unit Isuzu D-MAX ARTIC ditawarkan. Menjadi antara trak pikap pertama yang dipasang dengan lampu nyalaan siang LED (Day Running Lights, DRL), ia jelas memberikan Isuzu D-MAX ARTIC penampilan yang tersendiri, sama seperti SUV moden yang ada di pasaran sekarang. SONY DSC “Kami cuba memberikan para pelanggan sebuah kenderaan yang tampil berbeza  menerusi gabungan ciri-ciri premium dan bergaya. Model ini membangkitkan rasa individualisme yang jarang ditampilkan oleh sebuah kenderaan begini,” kata Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Daisuke Ishida. Warna putih mutiara itu digabungkan dengan kemasan krom yang terdapat pada bahagian luarannya.Pemijak sisi pula menggunakan material aluminium yang disadur warna perak. Ia dilihat begitu bergaya apabila dipadankan dengan rim aloi multi jejari Hyper-Silver bersaiz 17 inci. SONY DSC D-MAX ARTIC turut dipasang dengan satu V-Lid bersama kemasan berwarna perak. Penutup bahagian kargo belakang yang boleh dikunci ini memastikan barangan-barangan berharga disimpan dengan selamat daripada dicuri atau disimbah hujan. Melangkah ke dalam Isuzu D-MAX ARTIC seolah-olah masuk ke kabin lounge yang mewah. Plat tahan calar berwarna krom mengalu-alukan kedatangan penumpang ketika mereka masuk ke dalam kenderaan. Sementara ambien mewahnya datang dari material kulit tulen Itali yang membalut tempat duduk dan perehat tangan. SONY DSC Kemewahan dan keselesaan tempat duduk ini juga memastikan keselamatan penumpangnya. Selari dengan Isuzu D-MAX standard, tempat duduk ini direka untuk menawarkan tahap keselamatan paling tinggi, termasuklah perlindungan ‘whiplash’ sekiranya kenderaan dilanggar dari arah belakang. Selari dengan penampilan Isuzu D-MAX ARTIC yang bergaya, ruang dalamannya terus diserlahkan melalui kemasan kayu pada pemegang pintu, fascia dan konsol tengahnya. SONY DSC Sementara karpet yang eksklusif dengan kemasan berwarna coklat itu pula menawarkan lebih eksklusiviti. Sebuah pemain audio 2-DIN lengkap dengan kamera mengundur menambah keseronokan memandu Isuzu D-MAX ARTIC untuk jarak yang jauh, tetapi cukup menjimatkan. SONY DSC “Dengan Isuzu D-MAX ARTIC, saya percaya bahawa para pelanggan yang mahu menikmati keseronokan pemanduan sebenar dan kemewahan dalam model edisi terhad yang tersendiri pasti mendapati kenderaan ini sukar untuk diketepikan,” tambah  Ishida. SONY DSC Harga Isuzu D-MAX ARTIC adalah seperti berikut: Isuzu D-MAX ARTIC 2.5 – RM106,689 (roll bar) Isuzu D-MAX ARTIC 2.5 – RM109,189 (V-Lid) Isuzu D-MAX ARTIC 3.0 – RM113,459 (roll bar) Isuzu D-MAX ARTIC 3.0 – RM115,959 (V-Lid) (Harga di atas jalan termasuk insurans untuk pendaftaran peribadi sahaja).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button