Pandu Uji

MERCEDES-BENZ C-CLASS –RM285,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) semalam melancarkan model C-Class yang tampil dengan perubahan ketara pada bahagian dalaman, luaran serta teknologinya. 

Mercedes-Benz-C-Class-mekanika (3)

C-Class yang kelihatan seperti versi lebih kecil S-Class itu ditawarkan dalam dua varian iaitu C 200 Avantgarde dan C 250 Exclusive. Kehadiran model baharu itu dijangka meningkatkan lagi jualan kenderaan yang ditawarkan oleh MBM.

Buat masa sekarang, kedua-dua varian C-Class ini didatangkan dalam bentuk import sepenuhnya dari Afrika Selatan.

SONY DSC

“Kami tawarkan model CBU kerana hendak memasarkannya dengan lebih cepat ke pasaran tempatan. Model CKD akan menyusul. Jika ada pelanggan yang mahu membuat tempahan untuk model CKD, tiada masalah. Cuma kami tidak dapat berikan harga yang tepat buat masa sekarang,” jelas Naib Presiden Jualan & Pemasaran Kereta Penumpang MBM, Kai Schlickum.

Mercedes-Benz-C-Class-mekanika (13)

C 200 Avantgarde dan C 250 Exclusive dijana oleh enjin empat silinder sebaris yang sama tetapi menerima talaan berbeza. Untuk C 200, enjin itu mampu menghasilkan kuasa mencecah 184hp dan tork maksimum 300Nm @ 1,200-4,000rpm. Pecutan dari 0 hingga 100km/j mengambil masa 7.3 saat.

Sementara kuasa bagi C 250 ditingkatkan kepada 211hp dengan tork puncak 350Nm. Jentera itu hanya memerlukan masa 6.6 saat untuk mencatat kelajuan dari 0 hingga 100km/j. Kuasa enjin itu kemudian disalurkan ke roda menerusi kotak gear automatk tujuh kelajuan, 7G-TRONIC PLUS.

Mercedes-Benz-C-Class-mekanika (9)

Dari luar, kedua-dua model tersebut dapat dibezakan dengan mudah. C 200 menggunakan bampar dan gril yang kelihatan lebih sporty. Sementara varian C250 pula tampil lebih tradisional dengan logo tiga bintang itu dilekatkan di bahagian atas bonet.

Mercedes-Benz-C-Class-mekanika (14)

Bagi meningkatkan tahap aerodinamik, C250 dibekalkan dengan ciri AIRPANEL. Ia berfungi menutup dan membuka shutter pada gril radiator bergantung kepada keperluan untuk tujuan penyejukan dan mengurangkan halangan angin atau pekali seretan (drag coefficient).   

 Mercedes-Benz-C-Class-mekanika (16)

Sama seperti model S-Class, model itu juga tidak mempunyai sebarang mentol. Sebaliknya, ia diganti dengan lampu LED yang menjimatkan tenaga dan menawarkan penampilan yang mengagumkan.

Penjimatan bahan api, kejituan dan dinamik pemanduan banyak disumbangkan oleh kerangka tubuhnya yang ringan tetapi cukup tegar. Menerusi penggunaan lebih banyak material aluminium, beratnya berjaya dikurangkan sebanyak 100 kilogram berbanding model terdahulu.

Mercedes-Benz-C-Class-mekanika (1)

Melihat ke ruang kabin, perbezaan dapat dilihat dengan ketara melalui material yang digunakan, terutama pada bahagian konsol tengah. Model C 200 tampil sporty dengan kemasan berwarna hitam berkilat. Manakala versi C 250 pula mengambil pendekatan lebih konvensional dengan penggunaan kemasan kayu yang nampak begitu mewah.

Mercedes-Benz-C-Class-mekanika (11)

C 200 ditawarkan pada harga RM285,888 seunit dan RM314,888 untuk varian C250 (di atas jalan tidak termasuk insurans). Jika berminat untuk memilikinya, anda bagaimanapun perlu bersabar sedikit kerana tempoh menunggunya adalah sehingga April 2015.
[hr]GALERI 

Mercedes-Benz C 300 BlueTEC HYBRID, (W205), 2013Mercedes-Benz-C-Class-mekanika (4)SONY DSCMercedes-Benz-C-Class-mekanika (10)Mercedes-Benz-C-Class-mekanika (17)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button