Stail

THE MAZE RUNNER

Filem: The Maze Runner

Genre: Aksi, fantasi

Pengarah: Wes Ball

Pelakon: Dylan O’Brien, Aml Ameen, Ki Hong Lee, Blake Cooper,

Thomas Brodie-Sangster, Will Poulter, Dexter Darden dan  Kaya Scodelario.

Bintang: ****

the-maze-runner-mekanika (6)

BERDASARKAN novel fantasi popular nukilan  James Dashner yang diterbitkan pada tahun 2009 dengan judul, The Maze Runner, naskhah arahan Wes Ball yang mengekalkan judul yang sama ini secara amnya menyamai filem-filem seperti The Hunger Games dan Divergent.

Ia  mengisahkan tentang seorang pemuda, Thomas (lakonan Dylan O’Brien)  yang tersedar daripada pengsan  di dalam sebuah lif. Dia hilang ingatan dan langsung  tidak mengingati sebarang perkara mengenai diri sendiri kecuali namanya.

the-maze-runner-mekanika (4)

Dia kemudian diperkenalkan dengan dunia yang dihuni 60 remaja lelaki di dalam sebuah kawasan tertutup dikenali sebagai Maze. Mereka perlu melakukan sendiri apa sahaja termasuk bercucuk tanam bagi meneruskan hayat masing-masing. Anehnya, setiap 30 hari, seorang remaja lelaki akan dihantar untuk menyertai kumpulan remaja tersebut.

Kumpulan pertama remaja yang dihantar ke situ dikenali sebagai The Glade dan telah menghuni tempat tersebut selama dua tahun. Selama tempoh tersebutlah mereka cuba mencari jalan untuk keluar dari Maze.

the-maze-runner-mekanika (2)

Namun, kemunculan seorang remaja wanita, Teresa (Kaya Scodelario) yang berbekalkan secebis  nota aneh di Maze telah mengubah suasana di situ. Apakah  Teresa kunci untuk mereka membebaskan diri daripada kurungan Maze? Atau Teresa suatu malapetaka buat mereka?

Disebabkan novel ini diterbitkan pada tahun 2009, dan perjalanan filem ini tidak banyak mengubah apa yang ditulis dalam novel tersebut, maka apa yang dipaparkan tidak banyak membabitkan teknologi. 

the-maze-runner-mekanika (1)

Apabila  tidak banyak menerima bantuan buatan  teknologi, maka adegan demi adegan yang muncul sepanjang  perjalanan cerita naskhah ini dirasakan lebih realistik. 

Babak awal banyak berkisar tentang konflik yang dihadapi remaja-remaja lelaki tersebut  untuk melepaskan diri daripada The Maze menerusi sebuah padang yang besar serta dengan kemunculan labah-labah gergasi,  sehingga agak terasa ia meleret-leret. 

the-maze-runner-mekanika (7)

Namun, selepas kira-kira sejam filem ini berputar, seolah-olah dicetuskan oleh suntikan  adrenalin, menyebabkan tenaga yang dipacu semakin meningkat dan serentak itu, debaran kian  memuncak. Penghujungnya ada suatu kejutan yang tidak dijangka sama sekali. Ia sesungguhnya suatu kejutan adrenalin!

Dalam pada itu, sebagai satu-satunya bunga dalam kalangan duri dalam naskhah ini, sudah pasti Kaya Scodelario yang menghidupkan karakter Teresa menjadi antara fokus penting. 

the-maze-runner-mekanika (5)

Sudah tentu ia antara elemen penting dalam suntikan adrenalin yang memacu tenaga debaran dalam perjalanan naskhah ini. Untuk itu, daya lakonan bertahap tinggi daripada  pelakon muda kelahiran Britain ini sudah tentu amat diperlukan.

Lebih terasa seperti Kristen Stewart dalam siri filem Twilight berbanding Jennifer Lawrence menerusi siri filem The Hunger Games, itu kelebihan pelakon yang menempa nama menerusi siri televisyen, Skins yang menjadikan naskhah ini mantap.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Check Also
Close
Back to top button