Buletin

ISUZU JENAMA TRAK DAN TRAK TUGAS RINGAN NO. 1 DI MALAYSIA BAGI TAHUN 2021

Isuzu Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa ia sekali lagi berjaya mengekalkan dua pencapaian terbaik iaitu trak paling laris di Malaysia untuk 8 tahun berturut-turut dan trak tugas ringan paling laris selama 12 tahun. 

Pencapaian itu dibuktikan menerusi gabungan jumlah jualan sebanyak 4,808 unit trak dalam semua segmen dan 4,545 unit bagi trak tugas ringan sepanjang tahun 2021.

“Pencapaian ini menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan jenama Isuzu di Malaysia. Di samping membuktikan kemampuan kami untuk memanfaatkan peluang yang ada, serta mengatasi segala cabaran dalam pasaran yang terjejas teruk akibat pandemik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Koji Nakamura.

Satu lagi faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan menguasai pasaran ialah rangkaian pengedar yang ekstensif di seluruh negara. Komunikasi yang berterusan di antara ibu pejabat dengan semua rakan pengedar nyata membentuk satu hubungan yang kukuh. 

Sekali gus membolehkan Isuzu Malaysia memahami sepenuhnya pasaran dan menawarkan apa yang dimahukan oleh pelanggan.

“Para pengedar kami mempunyai hubungan yang rapat dengan pelanggan. Ini membolehkan kami mendapat maklum balas tentang situasi perniagaan pelanggan serta keperluan terhadap penyelesaian industri trak. 

“Dengan maklumat pasaran ini, pasukan jualan dan selepas jualan kami dapat mengenal pasti apakah jurang dan tugas yang perlu dilaksanakan untuk mengekalkan kekuatan operasi demi manfaat pelanggan,” kata Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Atsunori Murata.

Dalam dua tahun kebelakangan ini, Isuzu Malaysia telah melaksanakan beberapa inisiatif strategik seperti bekerjasama dengan pengedar-pengedar dan membuka pusat baharu. Selain memperkenalkan inovasi produk baharu iaitu rangkaian model ELF dengan ciri Safety Plus yang menawarkan lebih kecekapan dan keselamatan, selain penghantaran trak tepat pada masanya kepada pelanggan.

Syarikat memberitahu semua pendekatan ini membantu memenuhi keperluan pelanggan dan meningkatkan kepuasan mereka melalui jangkauan pasaran serta servis berkualiti. Ini sememangnya penting dalam mengekalkan penguasaan pasaran dan jualan trak yang memberangsangkan.

Maklumat lanjut mengenai rangkaian kenderaan Isuzu, sila hubungi talian 1-300-88-1133

atau layari laman web: www.isuzu.net.my 

Google ads
Back to top button