
ISUZU MALAYSIA LANCAR MODEL ISUZU ELF 2020. LEBIH SELAMAT DAN EFISYEN
Isuzu Malaysia baru-baru ini melancarkan rangkaian model Isuzu ELF 2020 yang telah dipertingkatkan dari segi sistem keselamatan, sesuai digunakan dengan bahan api biodiesel B20 dan manfaat jaminan lebih baik.
Penambahbaikan itu boleh didapati pada 18 varian ELF yang terdiri daripada jentera 4 roda 4.8 tan sehingga 6 roda berkapasiti 8.5 tan. Menerusi pengenalan trak baharu yang telah dipertingkatkan ini, Isuzu kini menawarkan rangkaian trak tugas ringan paling banyak.
Rangkaian trak itu merupakan pertama di dalam segmennya yang menawarkan kelebihan penuh Teknologi S.E.E Isuzu. Ia merangkumi tiga aspek utama iaitu Keselamatan, Ekonomi dan Alam Sekitar.

Isuzu ELF menjadi trak tugas ringan paling laris selama sembilan tahun di Malaysia. Pengenalan rangkaian model baharu ini dijangka dapat mengukuhkan lagi kedudukannya itu.
Menawarkan ciri keselamatan aktif untuk perlindungan maksimum, rangkaian model Isuzu ELF 2020 yang telah dipertingkatkan ini dilengkapi sistem keselamatan utama seperti Brek Anti-Kunci (ABS), Electronic Braking Force Distribution (EBD) dan Anti-slip Regulator (ASR).

Pelanggan yang membeli rangkaian model Isuzu ELF 2020 akan menikmati jaminan lanjutan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 200,000km (mana-mana tiba dahulu).
Trak ini boleh didapati di semua 43 cawangan sah trak Isuzu di seluruh negara mulai hari ini.
Maklumat lanjut mengenai rangkaian kenderaan Isuzu untuk meningkatkan lagi operasi perniagaan, sila layari laman web www.isuzu.net.my atau hubungi talian 1-800-88-1133 untuk bantuan penyelesaian trak Isuzu yang boleh diubah suai.
- BACA: ISUZU D-MAX STEALTH 2020. TERHAD 180 UNIT. KAMERA 360, POWER STEP, BERMULA RM126K
- BACA: ISUZU D-MAX 1.9L JALAN LEBIH 1,000KM, BAWA BEBAN 1 TAN. MASIH ADA BAKI MINYAK. JIMAT BETUL!
- BACA: LORI ISUZU AUTOMATIK
- BACA: ISUZU D-MAX 2020 – GAYAAN LEBIH AGRESIF. DIJUAL DI THAILAND MINGGU DEPAN. HARGA BERMULA RM70K