Artikel Pilihan

PELUANG UNTUK MILIKI JENTERA F1 TERAKHIR MICHAEL SCHUMACHER – #BAIKBELI CEPAT

Peluang untuk memiliki jentera F1 sebenar memang jarang ada. Bagi kami memang langsung tak ada sebab tak cukup duit. Kini sekali lagi peluang terbuka untuk yang mampu. RM Sotheby’s akan menjual sebuah jentera F1 Ferrari yang pernah dipandu oleh Michael Schumacher. Ia merupakan jentera Ferrari paling berjaya, Ferrari 248 2006.

Jentera ini digunakan oleh Schumacher dan mencapai lima kemenangan dengan chasis nombor 254 ini di Amerika Syarikat, Eropah dan GP Jerman. Beliau turut merangkul tiga tempat kedua, empat catatan pusingan masa terpantas dan tiga petak pertama dengan chasis ini.

Jentera ini juga digunakan Schumacher sewaktu memecahkan rekod petak pertama Ayrton Senna pada tahun 2006. Tahun terakhir beliau dalam F1 sebelum bersara untuk kali pertama. Eh, berapa kali nak bersara? Ha yang ni kena cari sendiri la.

248 merupakan Ferrari pertama yang menggunakan enjin V8 sejak 1964. Enjin 2.4 liternya mampu menghamburkan 730 hp kuasa maksima. Walau bagaimana pun pada penghujung musim ia meningkat kepada 785 hp. Fuh!

Pemilik semasa membelinya dari pasukan Ferrari pada tahun 2007. Ia kemudian menerima pensijilan Ferrari Classiche Red Book pada tahun 2008 yang mengesahkan semua komponennya mempunyai padanan nombor siri asal. RM Sotheby’s tidak mengeluarkan harga anggaran tapi kalau berminat boleh je PM diorang.

Google ads
Back to top button