JAMEEL MOTORS AKAN LANCARKAN GEELY FARIZON SV ELECTRIC VAN DI UK
Jameel Motors, pembekal terkemuka bagi penyelesaian mobiliti dan rakan kongsi pilihan kepada jenama automotif terkemuka yang mencari platform global untuk pertumbuhan, dan Zhejiang Geely Farizon New Energy Commercial Vehicle Group (Farizon Auto), anak syarikat milik penuh Geely Holding Group, telah menandatangani perjanjian untuk mengedarkan kenderaan komersial tenaga baharu di United Kingdom.
Farizon Auto yang ditubuhkan pada 2016, telah memperoleh kedudukan peneraju pasaran melalui tumpuan pada teknologi, pengguna dan pelepasan sifar. Daripada portfolio produk sifar pelepasan unik yang merangkumi trak, LCV dan bas, van besar Farizon SV ini kelak akan menerajui kemasukan jenama itu ke pasaran UK, dengan jualan bermula pada separuh pertama 2025.
Farizon Auto kini sedang diperkenalkan ke pasaran UK oleh pengedar rasmi, Jameel Motors, yang juga akan memperkenalkan jenama Farizon ini ke beberapa negara lain.
Untuk rekod, pasaran van komersial membabitkan van di UK cukup besar apatah lagi dengan kehadiran segmen elektrik untuk van komersial ini yang semakin mendapat perhatian di UK.
Farizon sebagai sebuah firma kenderaan komersial yang merupakan salah satu divisyen yang berada di bawah naungan Geely Holding Group pastinya mempunyai kepakaran dan kapasiti yang bukan calang – calang.
Farizon Auto mempunyai kira – kira 2,000 Jurutera yang telah membangunkan model SV ini dari kosong. Farizon SV ini telah direka untuk memenuhi keperluan masyarakat Eropah yang menggabungkan beberapa teknologi canggih dan pasaran LCV inovasi pertama dunia. Farizon SV ini juga telah menjalani program ujian dan pembangunan sejuta batu yang ketat dan ia memenuhi atau melebihi setiap standard Eropah, termasuk dalam ketahanan, keselamatan dan kemampanan.
Dibina berdasarkan platform bespoke modular, ianya memberikan kelebihan dari segi ruang kargo, julat, pengendalian dan keselamatan. Ianya meningkatkan kapasiti bateri sebanyak 10%, mengurangkan berat 4% dan meningkatkan ketegaran badan sehingga 20%.
Farizon SV ini juga memperkenalkan platform pemacu-dengan-wayar dwi redundansi yang pertama dalam pasaran van global, mengurangkan jarak berhenti sebanyak 10 peratus, meningkatkan julat sebanyak 5 peratus dan tindak balas stereng sebanyak 300 peratus. Paling penting ia membantu meningkatkan kapasiti beban dan menghasilkan ketinggian muatna yang lebih rendah.
Kelak, tiga varian akan ditawarkan membabitkan perbezaan panjang dan juga tiga ketinggian untuk Farizon SV ini untuk ditawarkan di UK bersama-sama dengan dua saiz bateri, 67 kWj dan 83 kWj. Pilihan bateri yang lebih besar 106 kWj juga akan ditawarkan dengan spesifikasi penuh dan harga akan diumumkan kelak.
BACA : VOLKSWAGEN ID.BUZZ GTX DIPERKENALKAN. VERSI VAN ELEKTRIK YANG LEBIH BERKUASA
BACA : DHL EXPRESS TERIMA 44 BUAH VAN ELEKTRIK CAM EA4, FOTON iBLUE DAN TUJUH SKUTER ELEKTRIK BLUESHARK R1