Buletin

JAMES MAY TERLUPA PULANGKAN KERETA JAGUAR SELEPAS 3 TAHUN

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Pengacara program TV pemotoran terkenal, James May mengakui dia pernah terlupa untuk memulangkan sebuah Jaguar selama tiga tahun.

Bekas pengacara rancangan Top Gear itu memberitahu dua sepatutnya menggunakan kereta terbabit selama enam bulan dan perlu membuat beberapa laporan mengenainya.

Tetapi, May kemudian berpindah rumah dan tidak memberitahu pengeluar kereta tersebut.

Tiga tahun kemudian, seorang kakitangan Jaguar berjumpa dengannya untuk mengambil semula kereta itu. “Apa, kereta itu masih ada di sana?” soal May. Kereta itu masih ada di hadapan rumah lamanya dengan perbatuan sejauh 109,435km.  

Pengakuan itu dibuat oleh May dalam satu video baru untuk DriveTribe yang mendedahkan apakah tujuh perkara yang tidak diketahui oleh orang ramai tentang dirinya.

May turut mendedahkan dia tidak mempunyai sebarang kereta jenis front engine. Tetapi, mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana dengan Fiat Panda itu. Ia sebenarnya milik isteri May.

Nak tahu apa lagi perkara menarik tentang May, tonton video di bawah.

Tags
Google ads
Back to top button
Close