
JAMES MAY KEMALANGAN SEWAKTU PENGGAMBARAN THE GRAND TOUR – APA DAH JADI NI CAPTAIN SLOW
James May, salah seorang pengacara The Grand Tour bersama Jeremy Clarkson dan Richard Hammond dimasukkan ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan sewaktu memandu sebuah Mitsubishi Lancer Evolution VIII dalam rakaman musim terbaru.

Sewaktu kejadian rakan May, Clarkson dan Hammond masing-masing memandu Subaru Impreza WRX STI dan Audi RS4.
May dikatakan hilang kawalan sewaktu memandu dengan kelajuan 121 km/j. Eh tapi nama jolokan beliau ialah Captain Slow, macam mana boleh eksiden pada kelajuan tinggi? Kereta yang dipandu May telah melanggar dinding di dalam terowong mengakibatkan tulang rusuk May patah. Dengar pun dah sakit weh.

Belian dikejarkan ke hospital dan segera diperiksa untuk sebarang kecederaan lain yang mungkin tidak kelihatan selepas kejadian.
May terpaksa meninggalkan penggambaran dan ia diteruskan oleh Clarkson, Hammond dan Abang Japar (okey kami tipu).
Harap-harap panjang umur la di James May ni. Boring jugak tengok rancangan diorang kalau tak cukup seorang pengacara.









