Buletin

POLIS NSW AUSTRALIA TERIMA HONDA CIVIC TYPE-R – BUKAN UNTUK KEJAR PENJENAYAH. DAH TU BUAT APA?

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Pasukan Polis New South Wales (NSW) dilapor baru sahaja menerima sebuah kereta peronda baharu iaitu Honda Civic Type-R.

Jentera itu ditawarkan sebagai sebahagian daripada tajan selama 12 bulan di antara Honda Australia dan pasukan polis NSW.

Seperti biasa yang berlaku di Australia, kenderaan polis istimewa seperti ini tidak akan digunakan untuk mengejar penjenayah.

Sebaliknya ia digunakan sebagai insiatif media sosial ‘Eyewatch’ yang dilaksana bagi menghubungkan orang ramai dengan pasukan polis tempatan.

Seterusnya menggalakkan mereka menjadi lebih aktif dalam menjaga keselamatan komuniti masing-masing.

Jadi, Civic Type-R itu akan dibawa menjelajah ke beberapa acara di seluruh NSW, membantu berhubung dengan penduduk dan menggalakkan dialog positif bersama pihak berkuasa. Ia bakal membuat debut umum pada Ekspo Polis dan Komuniti Fairfield pada pertengahan bulan ini.

Pengarah Honda Australia, Stephen Collins menyatakan Civic Type-R boleh menjadi alat penting untuk membuatkan orang ramai berminat dengan aktiviti-aktiviti polis.

“Model ini sememangnya sangat popular dalam kalangan pelanggan, peminat dan media pemotoran. Jadi, kami yakin ia boleh menjadi tarikan utama kepada pasukan polis NSW.  

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button
Close