JANGAN BELI ATAU SEWA KERETA INI, DAPAT PENARAFAN KOSONG BINTANG ANCAP
Australasian New Car Assessment Program atau singkatannya ANCAP adalah satu program penilaian kenderaan untuk Australia dan juga New Zealand telah bermula semenjak daripada tahun 1993 bagi menentukan tahap keselamatan kenderaan yang dijual di negara negara tersebut
Namun untuk ujian yang terbaru dijalankan oleh agensi tersebut masih ada kenderaan yang meraih skor 0 bintang dan gagal ujian ANCAP pada tahun 2023 termasuklah MG 5 dan juga Mahindra Scorpio. Ujian ini memberi gambaran kepada bakal pembeli tahap keselamatan kenderaan mereka dan kegagalan ini disebabkan oleh beberapa faktor teknikal
Sebagai contoh MG 5 gagal disebabkan sedan ini tidak menyediakan ciri pretensioner pada tali pinggang keselamatan. Pretensioner direka untuk mengurangkan tekanan pada tali pinggang keselamatan dan seterusnya mengurangkan kecederaan pada penumpang disebabkan tali pinggang keselamatan
Bagi MG 5, hanya varian tertinggi sahaja menyediakan ciri ini namun terhad pada penumpang di depan sahaja. MG 5 juga tidak menyediakan ciri amaran titik buta dan juga bantuan kawalan keluar lorong selain ciri brek kecemasan automatik hanya berfungsi dalam parameter yang terhad sahaja.
Kekurangan ini menyebabkan MG 5 hanya mampu meraih skor 37% sahaja dalam Perlindungan Penumpang Dewasa dan 58% Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak. MG 5 juga hanya meraih 42% markah untuk perlindungan pengguna jalan raya yang lain dan 13% untuk Safety Assist
Bagi Mahindra Scorpio iaitu SUV buatan India yang dibina dengan menggunakan cesi ladder frame juga gagal dalam ujian ANCAP. Mahindra Scorpio mendapat markah 44% Perlindungan Penumpang Dewasa dan 80% untuk Penumpang Kanak-Kanak.
Tapi Mahindra Scorpio juga hanya meraih 23% markah perlindungan pengguna jalan raya dan 0% ubntuk Safety Assist. Bagi pasaran Australia, SUV ini dijual dengan 6 tempat duduk dan 7 tempat duduk untuk pasaran New Zealand. Tambah memburukkan keadaan ialah kusyen tengah hanya menawarkan tali pinggang 2 poin sahaja.
Walaupun Mahindra Scorpio mendapat 5 bintang dalam Global NCAP keselamatan pasif (kekuatan cesi), namun ANCAP yang digunakan oleh Australia mengetengahkan konsep keselamatan aktif (sistem keselamatan pintar) bagi mencegah kemalangan daripada berlaku