Buletin

JENAMA KENDERAAN APAKAH YANG MEMPUNYAI PELANGGAN PALING SETIA?

Setiap pegeluar kenderaan pasti gembira bila pembeli terus menyokong produk mereka. Jual CIty beli CIvic, jual CIvic beli Accord, jual Accord beli Odyssey.

Di luar negara banyak kajian berkenaan tahap kesetiaan pelanggan yang dibuat. Antara yang popular ialah kajian tahunan di Amerika Syarikat yang dibuat oleh Edmunds.com, salah sebuah laman web automotif yang berpengaruh. 

Dalam laporan kajian yang diterbitkan pada tahun ini 2018 Loyalty Report, memberitahu tentang satu perkara. Amerika masih lagi menggemari jenama Jepun dan khususnya Toyota. Tiga tangga teratas dari indeks yang diperolehi dikuasai oleh jenama dari Jepun.

BACA: KENAPA JENAMA JEPUN ELBIH DIPERCAYAI?

Berikut ialah senarainya 

  1. Toyota
  2. Subaru
  3. Honda
  4. Ram
  5. Chevrolet
  6. Hyundai
  7. Kia
  8. Nissan
  9. Ford
  10. Mazda
  11. Jeep
  12. Volkswagen
  13. GMC
  14. Buick
  15. Mini
  16. Fiat
  17. Mitsubishi
  18. Dodge
  19. Smart
  20. Chrysler.

PENGGUNA SUV LEBIH SETIA

Sejajar dengan trend perkembangan kenderaan SUV, ternyata segmen ini berkembang dengan lebih dramatik. Sebanyak 75 peratus responden menukar beli SUV sedia ada mereka kepada SUV baru.

Ia diikuti dengan pengguna trak sebanyak 74 peratus yang menukar beli trak pikap kepada trak juga.

Sementara itu, kesetiaan pengguna bagi pasaran kereta penumpang pula menguncup. Hanya 57 peratus pengguna kereta yang menukar beli kenderaan kepada kereta.

KERETA MEWAH “TOYOTA” JUGA CEMERLANG! 

Sebagaimana yang diketahui, Lexus memang ditubuhkan pada 90-an untuk menguasai pasaran mewah Amerika. Dan sejak itu, indeks kepuasan dan kesetiaan pengguna ternyata memihak kepada mereka.

Bagi jenama mewah, Lexus masih mendahului senarai diikuti Land Rover, Mercedes, Porsche, BMW, Cadillac, Acura, Lincoln, Volvo, Jaguar, dan Infiniti. 

 

 

Google ads
Back to top button