Buletin

BUKAN SAJA KERETA, BMW BABY RACER PUN DIPANGGIL SEMULA

BMW  mengumumkan penarikan semula model Baby Racer atau kereta mainan kanak-kanak dari pasaran.

download

Panggilan semula produk berkenaan disebabkan logo  BMW pada stereng yang mudah tercabut. Keadaan itu membimbangkan pihak BMW sekiranya kanak-kanak tercekik dan menyebabkan kematian.

Walaupun risiko berlakunya keadaan itu adalah kecil, namun BMW mengeluarkan arahan berkenaan bagi menghindari sebarang kejadian tidak diingini.

Berdasarkan laporan Reuters, pemilik BMW Baby Racer III yang terlibat dengan masalah itu boleh menyerahkan produk tersebut di pusat jualan tempatan tanpa sebarang caj.

Kereta mainan yang terlibat adalah pengeluaran antara Mei dan Disember 2015 dan melibatkan ‘beberapa ratus’ unit di Jerman.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button