Motosikal

JIKA MOTOGP & F1 BATAL, PENGENDALI LITAR SILVERSTONE PULANGKAN HARGA TIKET PENUH KEPADA PENONTON

Pengendali litar Silverstone baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan memulangkan wang tiket sepenuhnya kepada penonton sekiranya perlumbaan MotoGP atau Formula 1 dibatalkan berikutan ppenularan wabak COVID-19. 

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Urusannya, Stuart Pringle. Buat masa sekarang, perlumbaan Formula 1 lebih berisiko untuk dibatalkan kerana ia dijadual pada 19 Julai. Sementara MotoGP pula akan bermula pada 30 Ogos.

Penganjur Formula 1 meletakkan sasaran untuk memulakan musim 2020 di Baku pada 7 Jun depan. MotoGP pula berharap perlumbaan dapat dimulakan di litar Jerez pada 3 Mei 2020. Rancangan MotoGP untuk menganjurkan baki 19 perlumbaan dilihat tidak lagi realistik. 

Pringle berjanji pihaknya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan kedua-dua acara itu dijalankan di Silverstone. Buat masa sekarang, masih belum ada pengesahan mengenai status perlumbaan tersebut. sekali gus menimbulkan seidikit kesulitan kepada para penonton. 

Kini, sudah empat perlumbaan MotoGP terganggu iaitu di Losail, Buriram, COTA dan Termas deRio Hondo. Litar Losail pada bulan lalu menyaksikan kelas Moto2 dan Moto3 sahaja yang sempat beraksi. Perlumbaan di tiga litar lagi dikatakan ditangguhkan. 

“Pada minggu ini, badan penyelia sukan bermotor mengumumkan semua sukan bermotor di UK telah ditangguhkan sehingga hujung April 2020. Ini bagi membantu kerajaan Britain menangani penularan wabak COVID-19. Saya percaya raai di antara anda telah membeli tiket. 

“Namun, kami tidak dapat meramal apakah situasi beberapa bulan akan datang. Biarpun begitu, kami di Silverstone berusahaja keras untuk memastikan kedua-dua acara ini berlangsung mengikut jadual. Kami akan terus mengemas kini keasaan di UK. 

“Terima kasih atas sokongan anda dan saya doakan anda sentiasa sihat dalam tempoh yang mencabar ini,” kata Pringle. 

Google ads
"
"
Back to top button