Buletin

JLRM LANCAR RANGE ROVER VELAR VARIAN 3.0L R-DYNAMIC – RM723K

Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) hari ini memperkenalkan varian 3.0L R-Dynamic Range Rover Velar ke pasaran tempatan.

Ditawarkan pada harga RM722,787 seunit, ia sudah boleh ditempah di semua bilik pameran JLRM di seluruh negara.

Jentera itu dipasang dengan enjin V6 supercharged yang membolehkannya memecut dari 0-100km/j dalam masa cuma 5.7 saat. Kelajuan maksimum pula dihadkan sehingga 250km/j.

Bunyi ekzos juga telah dipertingkatkan untuk memberikan ngauman enjin yang mengujakan. 

Velar memang terkenal dengan ruang kabin yang menggunakan material premium. Tampat duduknya dibalut oleh kulit dan fabrik Kvadrat untuk memberikan suasana mewah kepada penumpang.

Sistem infotainmen Touch Pro Duo yang terdiri daripada dua paparan skrin sentuh bersaiz 10 inci diintegrasikan papan pemuka dengan begitu kemas. Sekali gus menyerlahkan reka benyuk dan susun atur kabin yang moden.

Badan Velar dibangun menggunakan kerangka monokok Jaguar Land Rover Lightweight Aluminium Architecturedengan dengan 81 peratus aluminium yang ringan dan kukuh. 

Direka di pusat pembangunan Jaguar Land Rover di UK, Velar dikilangkan di kemudahan syarikat itu di Solihull.

Google ads
Back to top button