
JMS 2023: SUBARU LANCAR LEVORG LAYBACK LIMITED EX – JANA 174HP, HARGA BERMULA RM127K
Subaru hari ini melancarkan Subaru Levorg Layback Limited EX di Japan Mobility Show 2023. Di pasaran Jepun, ia telah pun dibuka untuk tempahan pada awal September dengan tanda harga bermula AS$26,650 (RM127,413).
Dari segi dimensi, ia mempunyai ukuran 4,770mm (panjang), 1,820mm (lebar) dan 1,570mm (tinggi), menjadikannya lebih besar daripada model sebelum ini.
Levorg Layback Limited EX hadir dengan reka bentuk yang sporty dan terdapat perubahan pada gril di mana ia kini lebih lebar. Selain itu, Subaru juga membuat penambahbaikan aerodinamik pada bampar dengan tambahan intake udara serta reka bentuk rim baharu.

Levorg 2024 turut dilengkapi dengan ciri EyeSight yang terdiri daripada kamera sudut lebar sebagai standard.
Bukan itu sahaja, pengguna Levorg akan ditawarkan dengan pelbagai ciri hiburan seperti sistem audio Harman Kardon, skrin infotainmen 1.6 inci dan paparan digital 12.3 inci selain boleh mengawal kawalan iklim melalui aplikasi telefon pintar.
Dari segi kuasa, Subaru Levorg Layback Limited EX dilengkapi enjin petrol pengecas turbo 1.8 liter, menghasilkan kuasa 174hp dan tork 300Nm.
Nadi berkenaan dipadankan bersama sistem pemacu AWD Symmetrical Subaru dan transmisi Lineartronic CVT.
Subaru Levorg Layback Limited EX juga tersedia dalam STI Sport Performance, dikuasakan oleh enjin pengecas turbo 2.4 liter, berupaya menghamburkan kuasa 256hp dan tork 350Nm.
GALERI:






- BACA: JMS 2023: HONDA PERKENALKAN MODEL KONSEP PRELUDE – BAKAL DIPRODUKSI SEBAGAI EV
- BACA: JMS 2023: LEXUS MUNCUL DENGAN MODEL KONSEP LF-ZC – DIREKA BENTUK MELALUI TEKNOLOGI GIGACASTING, EV PALING RINGAN
- BACA: JMS 2023: DAIHATSU VISION COPEN. 1.3L NA, AGIHAN BERAT 50:50, SAIZ KINI LEBIH BESAR
- BACA: JMS 2023: MITSUBISHI D:X CONCEPT, DELICA GENERASI BAHARU, GUNA SISTEM BUNYI YAMAHA