
JMS 2023: MITSUBISHI D:X CONCEPT, DELICA GENERASI BAHARU, GUNA SISTEM BUNYI YAMAHA
Mitsubishi D:X Concept telah diperkenalkan di Japan Mobility Show 2023, memberikan gambaran awal Delica generasi baharu.
Konsep terbaharu ini menampilkan monitor besar yang dipasang di bawah cermin depan dan di hadapan penumpang, bertindak sama ada sebagai hab infotainment, atau memaparkan pemandangan penuh rupa bumi di hadapan.
Selain itu, kecerdasan buatan (AI) yang disepadukan ke dalam sistem infotainmen memberikan pemandu maklumat tentang navigasi dan keadaan cuaca.

Sistem bunyi pula dibangunkan dengan kerjasama Yamaha memberikan “bunyi tiga dimensi” dan dimuatkan banyak pembesar suara di seluruh kabin, serta beberapa diletakkan di perehat kepala.
Perincian lain termasuklah tempat duduk hadapan boleh berputar menghadap ke belakang, sama seperti Delica generasi terdahulu.
Walaupun Mitsubishi tidak memberikan banyak perincian tentang kuasa Konsep D:X, ia dijangka dijana oleh enjin hibrid plug-in dengan S-AWC (Super All Wheel Control).
GALERI:















