Buletin
JMS 2023: HONDA PERKENALKAN MODEL KONSEP PRELUDE – BAKAL DIPRODUKSI SEBAGAI EV
Honda muncul dengan kejutan di Japan Mobility Show 2023 apabila mendedahkan model konsep Prelude, coupe sports yang pernah hangat di tahun 90-an.
Memetik dari kenyataan Honda, model ini akan menjadi model masa depan dalam era elektrik sepenuhnya, merangkumi sifat sporty Honda yang tidak boleh diubah.
Honda juga menyifatkan bahawa model konsep ini sedia untuk diproduksi.
Menerusi model yang didedahkan, Honda Prelude datang dengan badan coupe dua pintu, lampu hadapan nipis, pembuka pintu tersorok, spoiler but ‘ekor itik’ dan diserlahkan lagi melalui rim aloi berwarna hitam.
Untuk kuasa pula, tiada pendedahan dibuat oleh Honda mengenai konfigurasi motor elektrik, kuasa dan kapasiti bateri.
GALERI:
- BACA: JMS 2023: LEXUS MUNCUL DENGAN MODEL KONSEP LF-ZC – DIREKA BENTUK MELALUI TEKNOLOGI GIGACASTING, EV PALING RINGAN
- BACA: JMS 2023: DAIHATSU VISION COPEN. 1.3L NA, AGIHAN BERAT 50:50, SAIZ KINI LEBIH BESAR
- BACA: JMS 2023: MITSUBISHI D:X CONCEPT, DELICA GENERASI BAHARU, GUNA SISTEM BUNYI YAMAHA
- BACA: JMS 2023: MAZDA DEDAH MODEL KONSEP ICONIC SP – ENJIN ROTARY HIBRID, JANA 365HP