Buletin

JOKOWI BAKAL UMUM KENAIKAN HARGA MINYAK DI INDONESIA DALAM MASA TERDEKAT

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengakui sudah menerima pengiraan kenaikan harga minyak pertalite dan diesel bersubsidi daripada beberapa menteri berkaitan, lapor stesen penyiaran CNNIndonesia semalam.

“Beberapa kementerian telah menyerahkan pengiraan mereka mengenai kenaikan Bahan Bakar Minyak (BBM) kepada saya.

“Saya akan teliti dan mengadakan perbincangan sebelum membuat keputusan akhir,” kata Jokowi menerusi saluran YouTube Sekretariat Presiden.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai cara pengiraan yang dipilih bagi menentukan kenaikan harga bahan api bersubsidi itu.

Namun apa yang pasti, pengumuman bagi memaklumkan kenaikan harga BBM akan dibuat dalam masa terdekat.

“Kini, terpulang kepada kita (kabinet) untuk membuat keputusan mengenai kenaikan harga atau tidak,” kata Jokowi.

Buat masa sekarang, harga minyak Pertamax kendalian PT Pertamina iaitu syarikat minyak dan gas asli milik pemerintah masih bertahan pada paras 12,500 (RM3.70) hingga 13,000 rupiah (RM3.90) seliter. – Agensi

Google ads
Back to top button