Artikel Pilihan

MOLEK – PENGANGKUTAN UNIK EKSTREM YANG MASIH WUJUD DI INDONESIA

Siapa sangka disebalik arus kemodenan yang sedang dikecapi, masih wujud sebuah pengangkutan yang unik lagi ekstrem dan menjadi nadi penting sebagai model pengangkutan buat masyarakat di Lebong Tandai, sebuah desa yang terpencil di Napal Putih, Bengkulu Utara. Inilah dia si Molek atau nama panjangnya Motor Lori Ekspres.

Molek ini dibina secara persendirian oleh penduduk setempat dengan menggunakan landasan yang sedia ada yang telah dibina lama dahulu oleh zaman pemerintahan Kolonial Belanda bagi tujuan mengangkut Emas yang banyak ditemui di Desa Lebong Tandai dengan menggunakan Keretapi Mini.

Dahulunya, pengangkutan Molek ini menggunakan tenaga manusia sebelum penggunaan enjin diesel. Khabarnya Molek ini menggunakan enjin yang diambil daripada model Suzuki Carry. Disebabkan menggunakan enjin kenderaan biasa, maka, ianya turut dilengkapi dengan kotak gear yang membolehkan ianya turut mempunyai gear untuk mengundur. Stereng yang dilihat itu bukanlah tujuan untuk memandu, tetapi ianya berfungsi sebagai untuk mengawal kelajuan si Molek. Senang cerita, sebagai brek.

Boleh dilihat, gerabak pertama merupakan tempat untuk membawa individu seramai 10 orang maksimum termasuk seorang pemandu dan seorang krew. Manakala gerabak di belakang dibina khusus untuk untuk membawa muatan barangan keperluan penduduk seperti makanan. Jikalau anda beranggapan keselesaannya seumpama menaiki Keretapi Ekspres, ada baiknya anda istigfar panjang.

Kerusi penumpangnya hanya beralaskan kayu dengan rekaan seperti sebuah bangku tanpa perehat kepala. Sistem pendingin hawa menggunakan secara semula jadi. Tingkap-less di kiri dan kanan. Cuacanya mungkin cukup dingin ketika Molek ini mula bergerak seawal jam 8 pagi dengan ditemani pepohon yang meliputi di kiri dan kanan laluan. Mungkin ada boleh berasa sedikit bimbang sekiranya ada binatang yang mempunyai sengatan boleh hinggap ke tangan anda mahu pun libasan ranting yang membelai tangan.

Jarak tempoh dari Stesen awal Molek di Desa Air Tenang hingga ke Desa Lebong Tandai boleh memakan masa sehingga empat lebih lamanya termasuk ke stesen transit pertukaran Molek menuju ke destinasi akhir dengan sekitar 35 km jarak jauuhnya. Tiada kemudahan gerabak kafeteria untuk menghilangkan haus apatah lagi kemudahan tandas untuk urusan pembuangan hadas. Ekstrem bukan?

Tapi itu sebenarnya belum cukup ekstrem. Kondisi landasan yang terlalu uzur dan usang barangkali menyulitkan sedikit perjalanan di kala musim hujan. Trek dan landasan berlumpur memungkinkan gerabak tergelincir dari laluan. Oklah. Asal jangan tergelicnir akidah sudah. Ke-ekstrem-an ditambahkan lagi apabila perlu melewati beberapa jambatan usang yang di bawahnya sama ada gaung mahu pun sungai.

Sebelum tiba di lokasi akhir, anda harus menukar Molek kerana terdapat runtuhan tanah yang menjahanamkan sama sekali jambatan dan rel. Anda harus menuruni kawasan runtuhan tersebut dan menyeberangi sebelum kembali memanjat. Dan di sinilah tugasan krew tambahan Molek yang harus mengusung dan membawa kembali barangan keperluan di antara hujung ke hujung.

Dan jarak dari Molek transit untuk ke Desa Lebong Tandai hanya memakan masa sekitar 30 minit sahaja. Sebaik sahaja tiba di sana, seolah anda kembali semula ke masa silam. Sebuah perkampungan yang tenang tanpa hiruk pikuk kota.

Kredit Foto : Tangkap Layar YT Nugroho Febianto

BACA : KAPAL PANCAR MAS II – SATU – SATUNYA PENGANGKUTAN BAS AIR YANG MASIH WUJUD DI BANJARMASIN

BACA : KERETA API LAJU INDONESIA MULA OPERASI TAHUN DEPAN

Google ads

B K

Back to top button