Buletin

JPJ AKAN BANTU SYARIKAT AUTOMOTIF DALAM AKTIVITI PEMANGGILAN SEMULA

Melalui satu pengumuman melalui saluran rasmi media sosial Facebook pada 5 April 2023, Jabatan Pengangkutan Jalan pihak JPJ berbesar hati untuk membantu menjayakan aktiviti Pemanggilan Semula melalui hebahan di laman sosial dan juga portal rasmi JPJ.

Hebahan ini bertujuan bagi menarik perhatian umum terutamanya kepada pemilik-pemilik kenderaan yang terlibat agar segera menghubungi wakil pengedar yang sah.Keadaan ini adalah untuk memastikan Product Recall yang dilaksanakan oleh pihak pengeluar kenderaan ini mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Pemanggilan Semula atau Product Recall secara umumnya merupakan suatu aktiviti bagi memanggil semula sejumlah produk oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan atau kecacatan kepada produk tersebut yang mungkin meningkatkan risiko keselamatan kepada pengguna

Di Malaysia, aktiviti Product Recall yang dilaksanakan oleh pihak pengeluar kenderaan perlu di maklumkan secara bertulis kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan sebagai pihak berkuasa berdasarkan kepada punca kuasa Seksyen 66 (1)(pp) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak JPJ akan merekodkan dan memantau perkembangan setiap aktiviti tersebut sehingga kesemua unit bagi model kenderaan yang terlibat dalam aktiviti Product Recall selesai diperbaiki.

Sebarang aktiviti Product Recall di pihak prinsipal pengeluar kenderaan yang berpusat di luar Negara yang juga melibatkan model kenderaan yang berada di Malaysia juga perlu dimaklumkan kepada JPJ melalui wakil pengeluar / pengedar kenderaan tersebut yang berpusat di Malaysia. Ini bagi memastikan model kenderaan tersebut melalui aktiviti yang sama (Product Recall) di dalam Negara.

Mekanisma pelaksanaan Product Recall memerlukan pihak pengeluar kenderaan untuk menghebahkan aktiviti tersebut melalui media massa seperti laman web, laman sosial, suratkhabar selain daripada menghubungi sendiri pemilik kenderaan yang terlibat melalui panggilan telefon, mesej pesanan ringkas (sms), surat panggilan rasmi dan sebagainya.

Pemilik kenderaan terlibat yang telah mendapat notifikasi tersebut pula hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya dengan menghantar kenderaan mereka ke pusat-pusat servis bertauliah yang telah dilantik bagi mendapatkan khidmat dan alat ganti secara percuma.

Inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak JPJ ini juga selaras dengan hasrat Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Ybhg. Dato’ Zailani Hj. Hashim melalui ucapan dasarnya dalam mesyuarat Bilateral Meeting di antara Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia dan juga delegasi Jepun yang terdiri daripada wakil Ministry of Land, Infrastructure, Transport & Tourism (MLIT), National Traffic Safety and Environment Laboratory (NTSEL),

Mesyuarat ini juga juga dihadiri oleh Japan Automobile Standards Internationalization Center (JASIC) pada 1 Mac 2023 yang menekankan aktiviti Benchmarking bagi aktiviti Product Recall seperti yang dilaksanakan oleh pihak Jepun dengan menghebahkan aktiviti tersebut melalui laman web rasmi dan juga media massa.

Sumber – Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Google ads
Back to top button