Buletin

JPJ MELAKA AKAN LELONG 87 KERETA – HARGA BIDAAN BERMULA SERENDAH RM300!

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Melaka dilapor bakal mengadakan satu acara lelongan awam pada 15 Ogos depan di pejabatnya di Bukit Katil.

Dengan harga lelongan bermula serendah RM300 ia melibatkan 87 kenderaan pelbagai jenama yang merangkumi kereta mewah, van dan sebuah lori.  

Daripada jumlah itu, 81 buah kenderaan boleh dilesenkan, manakala bakinya tidak. Harga rizab untuk kenderaan scrap iaitu sebuah Perodua kanci hanya RM300. Sementera harga kereta scrap paling tinggi ialah Honda Odyssey dengan harga bidaan bermula RM12,000.

Harga rizab untuk kenderaan yang boleh dilesenkan bermula RM4,500 iaitu sebuah Proton Saga. Harga permulaan bidaan paling tinggi untuk kategori ini ialah RM19,500 bagi sebuah Honda Accord.

Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus memberitahu 79 buah kenderaan yang dilelong merupakan kereta klon. Tetapi 77 daripada telah didaftarkan dan boleh dilesenkan di negara ini.

Terdapat dua kereta klon yang dimasukkan ke dalam kategori scrap kerana tidak mematuhi piawaian JPJ. Kereta scrap bagaimanapun masih dilelong terutama untuk pemilik kedai alat ganti kenderaa. Namun, ia mestilah dileraikan dahulu di JPJ Melaka sebelum boleh dibawa keluara.

Menurut Firdaus lagi, sepanjang tahun lalu pihaknya telah merampas 16 buah kereta klon di Melaka.  

Tags
Google ads
Back to top button