Dikenali dengan nama program myPRIHATIN, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) memperkenalkan kempen khusus untuk menggalakkan golongan berpendapatan rendah memiliki lesen menunggang motosikal B2 yang sah.
Syarat-syarat permohonan myPRIHATIN:-
1- Warganegara yang mempunyai kad pengenalan Malaysia
2- Berumur 16 tahun ke atas
3- Miskin bandar dengan pendapatan Isi rumah RM3000 ke bawah
4- Belum pernah memiliki apa-apa kelas lesen memandu
Buat masa ini program myPRIHATIN mula dilaksanakan Wilayah Persekutan Kuala Lumpur dan untuk masa akan datang ia akan diperluaskan ke empat bandar besar yang lain seperti Pahang, Johor, Perak dan Pulau Pinang. (negeri lain secara berperingkat)
BACA: BELI VESPA DAN DAPATKAN LESEN B2 PERCUMA
BACA: BUDAK 8 TAHUN MEMANDU KE MCDONALDS
Program ini mensasarkan golongan Kelompok B40 iaitu kumpulan dengan pendapatan isi rumah berpendapatan kuran RM3,900. Mereka yang layak kini boleh memiliki Lesen Memandu B2 dengan bayaran cuma RM100, berbanding kadar sebenar RM360.
Myprihatin adalah proses sama dengan sistem memohon lesen memandu di institut memandu, namun ia dilaksanakan sepenuhnya oleh JPJ termasuk pendaftaran, mengendalikan ceramah, ujian penilaian undang-undang serta ujian memandu percubaan.
SUMBER : FB JPJ