
ITASHA – SATU BUDAYA KERETA ANIME YANG POPULAR DI JEPUN
Tahukah anda sebenarnya istilah asal “Itasha” dalam Bahasa Jepun bermaksud Italian Car (kereta Itali) tapi apa kaitannya dengan kereta yang ditampal dengan pelekat kartun dan watak anime?
Dalam budaya kereta Jepun ada istilah tertentu yang digunapakai dengan meluas. Misalnya “Dorisha” bermaksud Drift Car (kereta drift, “Amesha” bermaksud American Car (kereta Amerika). Itasha pula jadi simbol kepada kereta-kereta yang dipenuhi pelekat watak kartun dan anime yang asalnya merujuk kepada maksud kereta Itali, tetapi di jalanan ia diterjemah kepada maksud “painful Car” (kereta sakit?)
Jadi adakah kereta Itasha ialah tentang sticker semata-mata? Tidak juga. Kelompok ini juga terdiri dari kereta-kereta drift, kereta ubahsuai dengan konsep militari, zakusha dan juga kereta dengan enjin dan modifikasi kuasa yang bagus. Itasha merujuk kepada gaya kosmetik dari watak yang diambil dari ilham anime, filem, kartun dan permainan arked.
Ini adalah video yang dirakam oleh laman web noriyaro, antara saluran yang banyak mendedahkan budaya kereta di Jepun.
Di Malaysia juga ada kelompok kecil pengikut Itasha. Anda boleh baca berkenaan Malaysian Itasha Movement. Pada mereka yang tak faham mungkin rasa pelik dengan kereta bertema begini tetapi ia sebenarnya adalah cabang dari modifikasi cara JDM.
BACA: MALAYSIAN ITASHA MOVEMENT
BACA: HONDA CIVIC J’S RACING ITASHA R!