Buletin

MAJORITI JUALAN EV VINFAST DIBELI OLEH GREEN AND SMART MOBILITY – SYARIKAT MILIK VINFAST

Laporan baru-baru ini mendedahkan bahawa majoriti daripada 11,300 kenderaan elektrik VinFast telah dijual di seluruh dunia tahun ini adalah untuk kroni-kroninya sendiri.

Pening, bukan?

Memetik laporan Jalopnik, lebih 7,000 kenderaan elektrik dibeli oleh Green and Smart Mobility, sebuah syarikat teksi Vietnam yang dikawal oleh Vingroup, pemilik VinFast.

Angin terus bertiup kencang apabila Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa mendedahkan beberapa maklumat liar tentang siapa yang memiliki saham VinFast.

VinFast dan Green and Smart Mobility kedua-duanya dikawal oleh Vingroup VIC dan bekas pengerusi Vingroup, Pham Nhat Vuong.

Pham Nhat Vuong memiliki kira-kira 51 peratus saham Vingroup, dan beliau kini berkhidmat sebagai pengerusi lembaga di VinFast.

Ini bermakna, kira-kira 1.2 bilion daripada 2.3 bilion saham VinFast dipegang oleh Vingroup. Sebanyak 1.1 bilion lagi saham pembuat kereta itu dipegang secara langsung oleh Vietnam Investment Group dan Asia Star, yang turut dikawal oleh Vuong.

Secara matematik, anda akan mengetahui bahawa Vuong mengawal 99.7 peratus daripada semua saham VinFast dengan berkesan.

Oleh itu, fakta bahawa kebanyakan kereta VinFast dijual kepada dirinya sendiri dan idea bahawa 99.7 peratus daripada stoknya dimiliki oleh seorang lelaki secara efektif, menjadikan pembuat kereta Vietnam itu berada di posisi yang sangat pelik.

Google ads
Back to top button