
JUALAN EV MENINGKAT LEBIH 80 PERATUS MENJELANG 2030 – PENYELIDIK
Kajian dilakukan oleh Rocky Mountain Institute (RMI), Systems Change Lab dan EEIST project baru-baru ini menunjukkan bahawa jualan EV akan melonjak enam kali ganda menjelang 2030.
Menurutnya, EV akan menyumbang 62 peratus hingga 86 peratus atau lebih dua pertiga daripada jualan EV pada tahun 2030.
Penyelidikan RMI menjelaskan, ekonomi mula mengatasi polisi insentif sebagai pemacu utama untuk jualan EV. Malah, kos bateri juga boleh dikurangkan daripada AS$151 (RM707) setiap kW/j kepada antara AS$60 (RM281) dan AS$90 (RM422).

Kejatuhan kos ini boleh menjadikan EV lebih murah untuk dibeli dan China dijangka akan terus menerajui pasaran EV dengan jualan 90 peratus menjelang 2030.
Dengan segala perkiraan diatas, ia sekali gus membuatkan jualan kenderaan pembakaran dalaman bakal menurun secara mendadak.
Permintaan yang tinggi untuk EV boleh menyebabkan permintaan minyak kereta jatuh sekurang-kurangnya 1 juta tong sehari setiap tahun selepas 2030.
Penyelidikan itu juga menyatakan jualan kereta pembakaran dalaman berada di kemuncak pada 2017 dan pada pertengahan dekad ini, lebih banyak pengeluar membatalkan pengeluaran berbanding dijual.
- BACA: MAJORITI JUALAN EV VINFAST DIBELI OLEH GREEN AND SMART MOBILITY – SYARIKAT MILIK VINFAST
- BACA: JUALAN EV GLOBAL NISSAN CECAH 1 JUTA UNIT, 19 EV AKAN DITAWARKAN!
- BACA: JUALAN EV KIAN MENINGKAT, SINGAPURA FOKUS BINA 60,000 PUSAT PENGECASAN
- BACA: CEO XIAOMI AUTOMOBILE SASAR JUALAN EV 10 JUTA UNIT SETIAP TAHUN. MAHU JADI PEMEGANG UTAMA PASARAN EV









