SHELL MALAYSIA LANCAR SHELL RIMULA R4X DALAM BEKAS 18 LITER BAHARU
Shell Malaysia Trading Sdn Bhd baru-baru ini memperkenalkan minyak enjin tugas berat Shell Rimula R4X dalam bekas baharu bersaiz 18 liter.
Boleh didapati pada RM343.00, Shell Rimula R4X 15W 40 kini disediakan dalam lima saiz berbeza iaitu dram 209 liter, bekas 20 liter, bekas 5 liter dan pek 1 liter.
Dirumuskan oleh Shell dengan teknologi Dynamic Protection yang inovatif, Shell Rimula R4X adalah minyak pilihan bagi pemilik/pemandu trak bersaiz kecil dan sederhana serta pengendali peralatan berat.
Tambahan, ia menyediakan perlindungan tiga kali ganda dengan manfaat seperti kawalan asid dan kakisan, kawalan kehausan serta kawalan deposit.
Menurut Pengurus Besar Shell Lubricants untuk Malaysia dan Singapura Nyon Kam Yew, pelancaran bekas berisi minyak 18 liter akan membantu mengurangkan pembaziran selain, menjadikan Shell Rimula R4X lebih ekonomi.
“Kami akan meneruskan usaha untuk menangkis pelbagai tanggapan tidak benar antaranya seperti kemusykilan tentang keupayaan minyak sintetik yang ‘lebih nipis’.
“Pelbagai ujian dijalankan dengan pelanggan dalam sektor pengangkutan dan logistik membuktikan bahawa rangkaian minyak sintetik Shell Rimula dapat memberikan perlindungan kehausan lebih baik serta gred minyak kekal tidak berubah dengan lebih lama.
“Ini membantu melanjutkan tempoh penggantian minyak enjin untuk kos pemilikan keseluruhan yang lebih rendah.”
Jelasnya lagi, Shell Malaysia akan berusaha untuk meningkatkan kesedaran tentang manfaat penggunaan minyak sintetik di kalangan pengguna.